Friday, June 8, 2012

Resipi Umai Ikan Yu

Salam..
Selamat petang..
Sekarang ni pukul 3.35 petang..
Khadeejah sedang bermain duck dengan Walid..(Haa..Khadeejah dah bulih cakap duck..)
Entry kali ni Kay nak kongsikan Resipi Umai Ikan Yu..
Umai merupakan makanan yang sering dikaitkan dengan Negeri Sarawak, Bumi Kenyalang..
Ok la..Kay tak nak membebel banyak-banyak..

Untuk memilih isi ikan Yu, sila klik link dibawah
http://kay-hussin.blogspot.com/2012/06/bagaimana-memilih-isi-ikan-yu-untuk.html

Bahan-Bahan:
  1. Isi ikan yu di hiris (tidak terlalu halus dan tidak terlalu kasar)
  2. Perahan air limau kasturi
  3. Bawang bakong dihiris halus
  4. Cili merah dihiris halus
  5. Kacang tanah di kisar
  6. Garam secukup rasa
Cara-cara:
  1. Bersihkan isi ikan Yu dan dihiris.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk.Campurkan cili merah, bawang bakong **, kacangtanah**, garam secukup rasa dan perahan air limau kasturi **.
  3. Gaulkan sehingga rata.
  4. Biarkan seketika campuran tadi pada suhu bilik. Bukan dalam peti sejuk.
  5. Bila keluar  air seperti air susu, maknanya umai sudah sedia untuk dimakan.
** Sila gunakan bawang bakong yang berwarna kuning. Bukan bawang besar yang warna merah tu. Ini kerana bawang bakong kuning tu lebih rangup, wangi dan nipis.
** Kacang tanah juga boleh untuk tidak dicampur sekali gus. Kacang tanah boleh di letakkan di dalam mangkuk kecil dan bila nak makan umai, baru dicicah atau dicampurkan.
  ** Selain dari menggunakan perahan air limau kasturi, boleh juga gunakan buah Asam Paya ataupun cuka.

Sekian.

Umai Ikan Yu..Nyaman...

1 comment:

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...