Sunday, July 29, 2012

From Dubai to Kuala Lumpur with Airbus 380

Salam..
Selamat  Malam..
Kay sekarang ni di Malaysia..Tanah air ku..hehehhe..
Khadeejah tengah main dengan Mak Lon..
Mak Lon balik Johor Bahru semata-mata nak bawakkan Kay udang frozen yang dibawa khas dari Kota Kinabalu, Sabah..Thank You Mak Lon!!
Ok..Kay nak cerita pasal pengalaman Kay naik flight dari Dubai ke Malaysia bersama Khadeejah bella..
Lau Kong tak balik sekali..So Kay travel seorang dengan Khadeejah..
sebelum ni pon Kay dah pernah balik seorang dan perjalanan berjalan lancar dimana Khadeejah bella tidur sepanjang perjalanan, cuma bangun sekejap dan tidur balik..masa tu Khadeejah 1 tahun 4 bulan..
Tapi perjalan kali ni agak mencabar bila Khadeejah berusia 1 tahun 6 bulan..Sekarang ni Khadeejah dah pandai protes..
Kalau dia tak suka, dia akan lentikkan badan atau menangis dengan kuat sampai meleleh air mata macam kene dera..heheheh..
Haa..masa hari Khamis yang lepas (26 July 2012), masa belon nak depart, Khadeejah tak nak duduk kat riba Kay ..Dia nak main atas lantai..(mana boleh sebab masa belon nak naik, kena pakai seat belt..)
So, Kay pon paksa la Khadeejah duduk atas riba dan pakai seat belt..Apa lagi, meraung-raung la dia..
Kay buat muka tak malu je la sebab nak buat macam mana kan..Khadeejah tak nak nenen etc..
Haa..tapi masa belon nak landing Khadeejah sangat behave..Alhamdulillah..
Tapi jiran sebelah punya anak pulak yang menangis meraung-raung..Jiran sebelah berbangsa India..Mereka dari Abu Dhabi dan ingin melancong ke Malaysia..
Anaknya berusia 2 tahun dan tak mahu duduk atas riba dan pakai seat belt..Si ibu pulak tak nak pakaikan seat belt dan riba sahaja anaknya..
Pramugara sudah bagi warning supaya pakaikan seat belt, tapi si Ibu tak juga pakaikan seat belt (anak masih meraung-raung)..jadi bila belon dah selamat landing, pramugara datang kepada si Ibu dan beritahu supaya si ibu stay dalam belon sebab mereka nak buat complain terhadap si ibu sebab tidak mematuhi arahan keselamatan..
Kay ada berbual dengan pekerja MAS pasal incident tersebut dan pekerja MAS tu kata, kalau mereka nak buat report untuk record sendiri tak apa, jangan pula mereka buat report untuk saman kita pulak..
Haa..so lesson learnt la untuk Kay supaya make sure Khadeejah pakai seatbelt masa naik belon..
Bukan apa, sekarang ni Khadeejah Bella di whining stage..So Kay kene pandai la tackle Khadeejah supaya tak menangis atau buat hal especially masa dalam belon dan bila Walid tak ada dengan Kay..
Huish, kalau tak, susah la Kay..hehehhe

Hurm..itu saja la yang Kay nak kongsikan pengalaman travel dengan Khadeejah Bella...

p/s:
-Kay naik Pesawat Airbus 380 (2 tingkat dimana tingkat atas ialah First Class dan Business Class, tingkat bawah ialah Economy Class)..Ni bukan kali pertama Kay naik Airbus 380..hehhehh
-Masa  di departure hall, Kay nampak ada rakyat Malaysia yang berkopiah dan berpurdah (macam student)..
Rupa-rupanya mereka ialah student Malaysia yang belajar di Syria..(sekarang Syria sedang bergolak, jadi mereka balik ke Malaysia la..).Mereka ialah batch yang kedua pulang ke Malaysia..
-kapal terbang memang full..Sepatutnya Kay terbang pukul 255 pagi, tapi sebabkan stand by, jadi Kay dapat juga balik Malaysia pada hari yang sama tapi pukul 355pagi..Apa-apapun Kay bersyukur sebab dapat balik pada hari tersebut memandangkan tiket kapal terbang dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sudah di beli..(Kalau tak jadi balik, rugi la..)
-antara sebab kapal terbang full ialah, ada juga student Malaysia yang belajar di London pulang ke Malaysia sebab cuti Summer dan tak tahan berpuasa di London which is 18 jam..(Kay dapat tahu info ni dari pelajar Malaysia yang duduk sebelah Kay..walaupon tengah Olimpik, tapi dia lebih rela balik ke Malaysia untuk berpuasa dan beraya dengan keluarga..heheheh)..Mereka transit from London to Dubai to KLIA..
-berat stroller ialah 11.8 kg, berat beg 19 kg..total luggage yang dibenarkan ialah 30 kg..berat luggage Kay terlebih sikit..tapi tak kene bayar pon..
-Emirates sekarang dah tak bagi puppet untuk kanak-kanak, mereka ada bagi blanket dan patung monster..(sebelum ni Kay dah kumpul beberapa puppet dah antaranya Parrot, Camel dan Tiger..Kay tak sempat nak dapatkan yang satu lagi which is Mouse..)

Sekian..

No comments:

Post a Comment

Happy 40th birthday husband!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat sihat sahaja.. Entry kali ini Kay nak abadikan serba sedikit sambutan ...