Wednesday, December 5, 2012

Shop till you drop

Salam dan selamat tengahari..
Entry kali ni Kay nak kongsikan sedikit ilmu berkaitan dengan shopping..
Memandangkan sekarang ini, ramai yang sedang menantikan kedatangan Dubai Shopping Festival yang merupakan antara agenda terbaik untuk sesiapa dari seluruh dunia untuk datang bershopping di Dubai!!!...
Untuk pengetahuan, pada tahun ini (2012) Dubai Shopping Festival, DSF akan berlangsung dari 3 Januari hingga 3 Februari.
Haa...pada waktu itu, boleh rambang mata untuk bershopping dan boleh bankrupt..hahahaha..
Kay dah siapkan shopping list..heheheh..

Haa..kali ni Kay nak kongsikan sedikit ilmu yang boleh dijadikan pedoman kepada sesiapa yang ingin bershopping till you drop..

Antara isu negative yang selalu dikaitkan dengan aktivi bershopping ialah:
  1. Joint pain (sakit sendi)
  2. Migraine (sakit kepala)
  3. Addiction
  4. Food poisoning
Walaupun begitu, jika kita lihat dari sudut positif, antaranya:
  1. meeting new people
  2. self therapy dan sebagainya..
Migraine
Pernahkah anda mengalami situasi pening kepala bila terlalu lama sangat bershopping? Haa..Kay pernah juga mengalami situasi sebegini...
Mengapakah ini terjadi?? Ini adalah disebabkan dalam shopping mall terdapat lampu-lampu yang terang, bunyi-bunyian dan pelbagai bau-bauan yang menyebabkan semua deria kita throbbing.
Apakah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan atau mengurangkan ini berlaku? Jawapannya ialah menggunakan cermin mata hitam (shades) dan berhenti berehat dengan minum coffee..

Bahaya cosmetic sampling
Kalau kita bershopping barangan make up (eteliner, lipstick), kalau boleh elakkan dari menggunakan barangan sample pada bahagian yang sensitif. Sebabnya, mungkin lipstick sample tu dah tercemar dan kalau kita sapukan pada bibir kita, mungkin akan mendatangkan mudarat..Sebaiknya sapukan lipstick tersebut pada kulit tangan, etc.


Bahaya food court
Adakah anda pasti meja makanan di food court di lap dengan bersih? Untuk mengelakkan dari terkena food poisoning pastikan anda lap meja dengan wet tissue ataupun, Elakkan makan makanan yang telah jatuh diatas meja tersebut.

Shopping addiction
 Adakah anda tergolong dalam golongan diatas? 3 faktor yang boleh diambil kira ialah
  1. Money (bagaimana anda menilai wang?)
  2. People (adakah orang disekeliling anda affected by your activity)
  3. Time (Are you spending too much time on shoppping?)
Soalan terakhir yang anda boleh tanyakan pada diri sendiri (can u live without shopping?)

Tips untuk membeli-belah:
  1. Gunakan kasut yang sesuai. Kalau nak jalan banyak, elakkan pakai kasut tumit tinggi.
  2. Jangan bawak beg yang terlalu berat dengan menyangkutkan pada sebelah bahu sahaja. Kalau boleh, seimbangkan. Jika tidak ia boleh menyebabkan Bursitis (keradangan pada bursa. A bursa is a fluid-filled sac that acts as a cushion between a muscles, tendons, and joints).
Food sampling can be dangerous if the produce is barely wash.
Ini adalah antara barangan makanan yang tinggi kadar pesticide (racun ). Yang pertama ialah Epal, kemudian Celery, diikuti oleh sweet bell pepper, Peaches dan akhir sekali Strawberry.
Jadi, sebelum makan makanan tersebut, pastikan anda membasuhnya terlebih dahulu.

Akhir sekali, jika anda membawa kanak-kanak kecil, jangan biarkan anak-anak sendirian di trolley atau pun membiarkan anak-anak dibahagian tengah trolley sebab trolley boleh terbalik. Letakkan anak-anak di ruangan tempat duduk kanak-kanak yang telah disediakan.

Last but not least, sedikit tips yang Kay amalkan sebelum membeli belah ialah, bila masuk ke mall, Kay akan baca A'uzu billahi minashaitanir rajim untuk mengelakkan kita rambang mata dan membeli ikut nafsu. Yang ini Kay dengar dari ceramah yang Kay dengar dari TV dan Kay amalkan. Kerana sesungguhnya, orang-orang yang membazir itu adalah kawan Syaitan.

Sekian.

Happy shopping guys!!!

No comments:

Post a Comment

Salam Maal Hijrah 1439

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam. Jatuh juga hari pertama dalam kalender Hi...