Saturday, March 23, 2013

Teeth Whitening Experience at The Dubai Mall

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Khadeejah kat pangkuan Kay..
Kami tengah berhat jap sebelum Kay nak mandikan Khadeejah..
Haa..kami baru balik dari The Dubai Mall!!
Kay baru je buat pemutihan gigi..
Bukan hape..Kay memang dah lama nak buat teeth whitening..
Haa..Alhamdulillah sebab Mother's Day, Lookswoow membuat promosi untuk ibu-ibu dimana diberi diskaun sebanyak 70 %..
Setelah berkira-kira, akhirnya Kay bersetuju nak buat pemutihan gigi ni..

Cerita banyak-banyak tak best, so enjoy the pics!!

Last but not least, thank you Lau Kong sebab temankan Lau Po dan jaga Khadeejah sementara Kay buat treatment yang memakan masa selama 1 jam 20 minit..Dan terima kasih belikan hadiah..Haa..Kay akan kongsikan di entry yang lain..

Sekian terima kasih!!

Disebabkan mulut Kay ada ulser, maka pakai alat tu la..kalau takde ulser, pakai benda alah lain..ini gambar untuk kali kedua. Untuk pengetahuan, treatment ni ada 3 langkah..iaitu disapukan gel pada gigi di "smile zone" , kemudian cahaya biru "whitening accelerator" akan dipancarkan selama 20 minit. Langkah tersebut akan di ulang sebanyak 3 kali. Ada nampak kurang kuning gigi Kay tu pada langkah kali pertama.

Yang ni assistant tengah sapukan gel. Setiap kali langkah sebelum diletakkan gel pada gigi, satu lapisan cecair pelembab akan disapukan pada gusi kerana treatment ini mengeringkan.

Cahaya dipancarkan.
Sebelum dan selepas..Haa..amacam??? Untuk pengetahuan, warna gigi dikelaskan kepada sehingga nombor 24 (yang paling berkarat selalunya orang yang merokok, minum alkohol..) Gigi Kay jatuh pada skala nombor 7 dan 10. Selepas rawatan gigi Kay pada skala 1 dan 2. Warna yang paling putih adalah pada skala -3.

Lau Po dan Lau Kong..Lau Kong sampai tak boleh nak senyum nampak gigi sebab "putih" sangat..Kay cakap dengan Lau Kong, kalau ada promosi untuk Father's Day, boleh la buat. Treatment ini berharga 540 Aed selepas promosi. Untuk maintenance, kena beli maintenance kit berharga 200Aed. Selepas treatment, tak boleh minum air sebelum 2 jam. Untuk masa 3 hari, elakkan makan makanan yang berwarna. Kalau nak minum kopi, kena guna straw.


No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...