Friday, November 1, 2013

Trick or Treat Happy Halloween Celebration at The Dubai Mall 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Lama tak update entry..
Entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman Happy Halloween di Dubai..
Kebetulan hari ni  jatuh pada 31 Oktober 2013 iaitu hari Halloween..Selepas pergi ke MedCare Hospital sebab Lau Kong nak periksa perut yang sejak akhir-akhir ni kurang selesa, kami terus menuju ke Dubai Mall..Hari Sabtu nanti Lau Kong diminta hadir semula ke MedCare (berpuasa 12 jam) untuk membuat ujian darah dan ujian ultrasound. Hari Ahad berjumpa semula dengan doktor (Internal Medicine).


Kalau anda semua nak tahu apa itu Halloween Day, sila lah cari di Google..

Ok berbalik kepada tajuk entry diatas, apa yang Kay nak kongsikan ialah antara aktiviti yang dilakukan oleh Dubai Mall bagi menyambut Happy Halloween ni..

Masa jalan-jalan tadi, Kay terserempak dengan satu kumpulan yang diketuai oleh 2 orang yang berpakaian costume Halloween membawa papan tanda yang terttulis "Tricks or Treats"...Ibu bapa dan kanak-kanak yang juga ber costume Halloween ikut dibelakang dengan membawa pumpkin bag atau bakul (untuk dignakan bagi mengumpul gula-gula)...

Kawan-kawan yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di sekolah antarabangsa, antara aktivitinya ialah perarakan costume Halloween..

Ok..cerita banyak-banyak tak best so lets enjoy some of the pics!!

Sekian terima kasih..

p/s: ini pengalaman bagi Khadeejah Bella masa di Dubai..So Kay ada lah snap beberapa keping gambar dengan orang yang berpakaian Halloween...

Haa..sesi bergambar sebelum mereka bergerak menuju ke kedai lain yang mengambil bahagian dalam Trick or Treat...Nampak tak ada 2 orang dewasa..seorang pegang sepanduk bertulis "Trick or Treat"..Kanak-kanak yang ber costume Halloween..Halloween disambut oleh penganut agama Kristian...

Seelpas bergambar, mereka meneruskan perjalanan ke kedai yang seterusnya iaitu Caboodle..Caboodle ni tempat untuk ibu bapa drop off kanak-kanak . Jadi ibu bapa boleh la bershopping dengan hati yang tenang..Tak silap Kay bayaran untuk 1 jam ialah 90 dirham. Selain ada play pen dimana kanak-kanak boleh main loncat-loncat, ada juga penjaga yang boleh melayan anak-anak membuat craft atau painting..Di luar juga ada cafe caboodle untuk ibu bapa yang tak bershopping, tapi boleh berehat sambil minum minum sambil menunggu anak-anak bermain dalam Caboodle..

Haa..Kay tak la ikut kumpulan tersebut jalan-jalan pusing satu mall sebab Khadeejah Bella tak berapa gemar dengan orang yang berpakaian Halloween..in fact dia tak suka dengan Maskot..Dia takut tengok maskot..hihihi..Tang ini kami singgah ke kedai Early Learning Centre (ELC)..sebab Khadeejah  suka tengok bubble..NAma alat permainan tu ialah Bubble Trouble..heheheh

Kemudian kami berjalan ke Hamleys!!! Ni ialah kedai yang menjual permainan..dengan tagline "The finest toys in the world". Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Hamleys, sila lah Google...

Ha..harganya 24999 dirham..sebab diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi dan rambut kuda ynag sebenar..dan dalam dunia ni ada 100 sahaja..

Memandangkan 31 Oktober 2013 ialah Halloween Day, maka ada free cotton candy kedapa yang melawat HAmleys..Bukan sahaja untuk kana-kanak..tapi dewasa pun boleh dapat cotton candy kalau nak...Kay ambil kan satu untuk Khadeejah Bella sebab Kay tak selalu belikan cotton candy untu dia..memandangkan ada free, makan Kay ambil la satu..Khadeejah pun excited makan..Kay ingat nak pergi ke kedai chocolate Hershey's sebab Khadeejah Bella suka Kisses..Malangnya kedai tu tutup sebab proses ubahsuai..Tapi takpe.lain kali kita datang lagi ke Dubai Mall..hihihi

Selain dari free cotton candy, ada juga free face painting...Dengan tema Halloween. Tapi Khadejah tak pula berminat dengan face painting ni...mungkin sebab kecil lagi..nanti dah 4-5 tahun mungkin dia nak la di face-painting kan..


Yang ini ada jual beberapa costume Halloween..topeng, witch hat etc...






No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...