Friday, December 13, 2013

Cara memohon sijil lahir dan passport bagi anak yang baru lahir di Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman buat passport Ayshah Bella..

Harap perkongsian ini dapat membantu terutamanya bagi rakan rakan yang bakal melahirkan anak di Dubbay!!

Cara memohon sijil kelahiran

Ok..lepas bersalin di medCare hospital, sebelum keluar dari hospital, akan ada staff hospital datang ke bilik dan suruh kita isi form untuk buat pendaftaran anak.
Lepas isi borang tu (Birth Notification), kita bawak ke Al Baraha Hospital. Preventive Medicine punya bangunan.
Selain dari Birth Notification yang dikeluarkan oleh MedCare, dokumen yang diperlukan ialah salinan passport ibu bapa beserta salinan residence visa, dan juga surat/ sijil  nikah ibubapa yang telah di alih ke bahasa Arab.

Pihak hospital akan keluarkan sijil lahir dalam bahasa arab. Tapi kita nak di alih ke bahasa inggeris. Untuk itu kita kena pergi ke pusat servis yang terletak di kawasan yang berdekatan dengan bangunan Preventive Medicine. Selepas mendapat sijil lahir dalam bahasa arab dan sijil lahir yang telah dialih bahasa, kedua-duanya akan di stamp oleh kakitangan kesihatan Dubai. Kos bagi sijil lahir dalam bahasa arab dalam 300 dirham. Manakala kos untuk alih ke bahasa Inggeris dalam 30 dirham.

Nota penting:
  • Pembayaran untuk sijil kelahiran dalam bahasa Arab perlu dilakukan menerusi kad kredit. Pembayaran secara tunai tidak diterima.

  • Sijil lahir yang telah dialih ke bahasa Inggeris merupakan requirement bagi memohon passport dan MyKid Malaysia.

 Cara memohon passport

Dokumen yang diperlukan ialah
  1. salinan passport ibu bapa, 
  2. salinan kad pengenalan ibubapa, 
  3. salinan sijil nikah (dalam jawi, bukan yang dialih ke Bahasa Arab)
  4. salinan surat beranak anak yang telah dialih ke bahasa Inggeris.
Bayaran yang dikenakan ialah 245 dirham.
Tapi kalau kita nak gunakan perkhidmatan courier, perlu tambah 60 dirham. makanya kita akan dapat passport dalam masa 1 bulan.

Nota penting:

  • Kalau tak tambah 60 dirham pun tak mengapa..tapi lambat la sikit dapat passport. Iaitu dalam jangkamasa 3bulan.
  • Waktu untuk membuat passport di Consulate General Malaysia yang terletak di Al Mankhool ialah 830 pagi hingga 330 petang. Jadi pastikan datang pada waktu tersebut.
Sekian terima kasih.

Walid datang untuk buat passport Ayshah pada waktu lunch hour. Dalam pukul 1 tengahari

Alhamdulillah Khadeejah Bella berkelakuan baik. Semasa kami sedang sibuk, dia duduk di stroller.
Al Baraha Hospital ialah hospital kerajaan...

Untuk buat sijil lahir, perlu ke bangunan Duabi Med. District Preventive Med.

2 comments:

  1. Thank you for sharing information. anyway saya kat abu dhabi. Salam kenal :)

    ReplyDelete
  2. My pleasure.. Salam perkenalan juga...

    ReplyDelete

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...