Monday, March 3, 2014

Ayshah Bella 3 bulan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak kongsikan perkembangan Ayshah Bella..
Alhamdulillah hari ni bersamaan dengan 3 Mac 2014, Ayshah Bella genap 3 bulan..
Dua hari yang lepas Kay mandikan Ayshah Bella dan sepanjang Kay mandikan ayshah Bella dia senyap dan macam suka mandi. (Sebelum ni sejak dari lahir hingga 2 bulan leih, Nenek yang mandikan...Bukan Kay tak nak mandikan Ayshah, tapi Kay nak bagi peluang nenek mandikan Ayshah..)
Sudah lah si Khadeejah Bella sejak dah kenal orang, dia tak mahu langsung nenek mandkan dia...
Makanya Kay lah yang kene mandikan dia.. Masa pantang pun, Kay masuk bilik air untuk mandikan si puteri sulung ni..Macam macam hal..Apa apap un Kay rasa baik la macam ni supaya dia rapat dengan Kay..
Jadi bila besar, semua akan beritahu pada Kay..(Kay tak berapa suka anak-anak rapat sangat dengan ATok Nenek Opah dan makcik makcik atau pakcik pakcik....takut nanti banyak lemak..)
Bab bab anak ni Kay memang pantang disentuh..Sebab nak mendidik anak buakan mudah..ditambah dengan cabaran cabaran dunia yang semakin canggih manggih..(haa..dah melalut ke situ pulak..)

OK berbalik kepada cerita Ayshah Bella..Semalam bersamaan dengan 2 Mac, kambing akikah Ayshah Bella sudah selamat disembelih di Kampong Rambai Tujoh Kuale KAngsor..
Semalam sembelih daging, dan hari ni daging dimasak untuk majlis MAulud Nabi yang dibuat di kampung...
Alhamdulillah...tertunai sudah akikah Ayshah Bella walaupon lambat..Seleok-elok nya dibuat pada kari yang ketujuh..
Tetapi memandangkan orang yang nak membuatnya sibuk, maka tertangguhlah akikah nya..Apa-apapun Kay bersyukur sebab dah buat dahhhh...

Sepanjang ketiadaan Atok dan Nenek (Ibu dan BApa Mertua Kay berada di Dubai sebelum KAy bersalin, semasa Kay bersalin dan selepas Kay bersalin sehingga Ayshah Bella hampir berusia 3 bulan), ALhamdulillah Ayshah Bella baik baik sahaja..Mungkin sebab dah besar..Kalau sebelum ni, awal awal kelahiran agak mencabar juga nak menjaga Ayshah Bella kalau tiada pertolongan dari Atok dan Nenek...

Sila klik untuk http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/02/cabaran-bersalin-dan-berpantang-diluar.html

Si kakak, Khadeejah Bella juga senang untuk dijaga..Tiada pula nak kacau atau ganggu adik..Alhamdulillah segalanya dipermudahkan..

Lagi sebulan, Kay akan bawak Ayshah Bella jumpa Doc Zaheer untuk imunisasi seterusnya pada 8 April 2014.

Sekian terima kasih...

No comments:

Post a Comment

Boleh kah laminate surat beranak atau sijil lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Kay baru pulang dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ada persoalan berkaitan MyK...