Thursday, November 6, 2014

Pengalaman ke Dubai World Hospitality Championship 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entry kali ini Kay nak kongsikan pengalaman kali pertama menghadiri Dubai World Hospitality Championship (DWHC)  yang berlangsung pada 30 Oktober hingga 1 November 2014 di Dubai World Trade Center.
Tahun ini merupakan edisi yang kedua DWHC.
DWHC edisi pertama adalah pada tahun lepas.
"Memandangkan Dubai menarik ramai pelancong dari seluruh dunia, DWHC disediakan dan menjadi platform yang sesuai untuk memperkenalkan makanan dan hospitaliti rakyat Emiriyah Arab Bersatu ataupun dikenali sebagai Emirati yang memfokuskan makanan tradisi popular United Arab Emirates (UAE)", Omar Amin, Member of DWHC Organising Committee.

Apa-apapun Kay sangat berpuas hati dapat datang ke sini. Jika ada rezeki untuk berada lebih lama di Dubai dan akan ada lagi pameran sebegini tahun depan, InshaaAllah Kay nak datang lagi!!


Cerita banyak-banyak tak best so lets enjoy some pixx!!

Sekian terima kasih.

Ada 2 tempat yang boleh dikunjungi. Salah satu nya ialah pameran di dalam Sheikh Saeed Halls. Dibahagian dalam dewan ada pertandingan memasak yang dibahagikan kepada beberapa categori. Selain pertandingan memasak, ada juga pameran dari 7 buah negeri United Arab Emirates. Ataupun dikenali sebagai 7 Emirates.

Negara Arab dan pokok kurma, tidak dapat dipisahkan..hihi


Sebelum minyak ditemui, aktiviti masyarakat UAE ialah hasil laut.

Ini Kay tak tahu apa namanya..Kay ambil je gambar..hahaha

Ini kereta polis UAE zaman dulu. Tapi Kay tak pasti pulak zaman 50 an, atau 60 an atau 70 an.. Dulu kereta polis UAE macam gambar diatas, TETAPI..zaman sekarang..HUMMER, LAMBORGHINI AVENTADOR dan sebagainya.

Ini adalah corak pada bahagian tangan baju kahwin wanita Emirati dulu-dulu. (Wedding Dress)

Yang bergantung diatas ialah Wedding Dress. Patung tersebut memakai baju pengantin beserta hiasan emas (rantai dan hiasan kepala)

Yang ini akviti membuat inai. Warga emas sedang menunbuk daun inai.

Attar, dalam bekas empat segi tu ialah Za'faran (dalam bahasa Arab) ataupun Saffron (dalam bahasa Inggeris) yang telah dihancurkan dan dibancuh dengan air. Tak silap, orang Arab minum susu yang bercampur dengan sedikit saffron.

Dalam bekas kuning tu ialah Bukhoor (dalam Bahasa Arab) ialah scented bricks. Scented bricks ini dibakar untuk mewangikan dalam rumah dan pakaian menerusi asap tebal. Selalunya dibakar pada hari besar seperti perkahwinan, hari Jumaat atau pun secara umum untuk mewangikan rumah.
Mahal jugak harga bukhoor yang dijual dalam bekas kuning tu..Berharga 120 dirham.

Nampak tak bukhoor dalam bekas kuning tu?
Nak bakar bukhoor dalam apa? Jawapan nya ialah dalam Mabkhara..iaitu gambar diatas. Ini Mabkhara yang telah dihias. Cantik tak?


Cuba teka apa tu? Itu adalah Galena (Lead sulphide).
Kohl ialah kosmetik mata zaman purba (ancient eye cosmetic) yang secara tradisinya menghancurkan galena dan bahan-bahan lain.(Sumber WIKI).
Secara mudah nya, itu ialah celak mata..

Ini pula menunjukkan bagaimana kain diwarnakan menggunakan pewarna semula jadi. Kay tak bertanya pula lebih lanjut disebabkan keterbatasan bahasa. Kay tak pandai bahasa Arab dan warga emas disana tak fasih berbahasa Inggeris.

Ingat tak gambar corak di bahagian tangan Wedding dress? Gambar ini menunjukkan cara untuk membuat hiasan tangan tersebut.


Gambar keseluruhan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh wanita Emirati.

Ini pula wanita Emirati tengah membuat penutup muka (Burqa). Dalam dialek tempatan dipanggil burga. Burqa ialah kain embroideri warna metalic tradisional yang digunakan untuk menutup sebahagian muka. Sekarang ini Burqa hanya digunakan oleh generasi lama.

Ini tak silap menenun benang benang untuk dijadikan sehelai kain.

Antara hasil tenunan ialah tali yang digunakan untuk diletakkan diatas unta.

Kain tenunan digunakan untuk membuat beg.

Bahagian dalam beg. Ada ruangang-ruangan kecil.

Kain tenunan yang dijadikan table runner

Sementara Kay membuat liputan di sekitar Dubai World Trade Center, Lau Kong tolong jagakan Ayshah Bella. Sambil tengok Ayshah, sambil menikmati Emirati Folk Dance. 



Ini pula wanita Emirati sedang mengayam daun untuk dijadikan beg, bakul, kipas dan sebagainya.

Yang ini Kay tak pasti tengah buat apa..



Yang ini pula bahagian wanita Emirati menunjukkan makanan yang selalunya dimakan. Yang Kay nampak, mereka banyak menggunakan tepung.


Tempat makan yang disediakan kepada para pengunjung untuk merasai masakan Emirati. 

Beginilah keadaan dalam tempat makan. Wanita yang berbaju kuning tu akan menghidagkan makanan kepada tetamu.

Haa..Falcon merupakan burung kebangsaan UAE. Kay sempat bergambar dengan burung ni..Mak aih..bila burung ni mengepak..bau nya...tak tahan...macam bau hapak la..atau bau burung tak mandi..hehehehe.. Ouh.. Mata falcon tu ditutup.. Mungkin takut falcon tu jadi agresif kot bila matanya dibuka..

Ini pula aktiviti kaum lelaki yang berada di padang pasir. Duduk mengelilingi unggun api sambil berbual atau bermesyuarat


Yang ini gambar close up. Bagaimana mereka minum kopi ataupon dalam bahasa Arab ialah kahwah. Nampak tak lesung besi dan biji kopi diatas? Teko besi atau tembaga diletakkan berdekatan dengan unggun api untuk dipanaskan..


Yang ini pula seorang lelaki tua duduk sambil meletakkan dulang yang berisi gula gula di atas peha.. Ramai kanak- kanak datang!

Yang ini gambar yang menunjukkan peralatan yang digunakan kaum lelaki untuk menangkap hasil laut.

Ini pula adalah tiram ( osyter ) yang mentah lagi segar!!

Lagi peralatan untuk menangkap hasil laut.

Ini pula aktiviti membuat dan mengukir porselin atau tanah liat.

Selain menghasilkan pasu, pinggan, mangkuk.. Ada juga ukiran bahan hiasan seperti ikan dan bot.

Selain menunjukkan aktiviti kaum wanita dan lelaki, ada juga dipamerkan aktiviti waktu lapang kanak kanak.. Dulu mana ada video game ataupun ipad yang boleh dimain didalam rumah. Jadi kanak kanak bermain diluat rumah. Dalam banyak banyak mainan, Kay berminat dengan mainan lori hijau yang disangkut dengan tin tin kosong. Tin tu tak silap Kay ialah tin bekas oat.. 


Gambar ini pula menunjukkan pakaian seragam polis Dubai yang dahuli. Warna oren.. Sekarang warna hijau..

Gambar ini pula menunjukkan peralatan dapur. Anyaman bulat yang tergantung di dinding tu untuk alas lantai macam tikar la. Anyaman diatas lantai pula yang macam topi tu ialah tudung saji! Terdapat pelbagai saiz dan jenis corak diatas dulang besi.

Yang ini pula kedai yang menjual rempah ratus. Kebanyakan rempah ratus datang dari India, Syria, Iran dan negara Arab yang lain.

Gambar ini menunjukkan persembahan dari kaum lelaki. Ada beberapa jenis tarian antaranya  Al Ayalah, Al Razfa, Harbiyya, Liwa, Al Habban dan Al Youlah. Masing- masing mempunyai ciri ciri persembahan tersendiri. Sedikit info, Iyaly bermaksud seorang penyerang/ penceroboh dalam dialek tempatan. Iyala ialah plural iaitu banyak penyerang. Gendang dan jeritan akan memberikan amaran kepada penduduk untuk mempertahankan kawasan. Jika penyerang berjaya dikalahkan, tarian Iyalah akan ditarikan bagi meraikan kejayaan.

Kenapa Kay ambil gambar ini? Sebab itu adalah gambar pengantin perempuan Emarati. Nampak tak banyak perhiasan emas. Penuh satu kepala, tangan, leher..hehehe

Yang ini pula gambar di dalam Sheikh Saeed Hall. Ada booths dari 7 Emirates dan juga Kingdom of Saudi Arabia (KSA)

Lukisan lukisan yang dipamerkan.


Haa....cantikkan tempat letak bukhoor dan mabkhara?

Ada menjual teko untuk letak teh dan kopi. Teko ini dihias cantik-cantik...Macam macam corak ada!!!

Apakah ini? Ini adalah meja beserta alas/tilam dan bekas untuk kurma atau manisan. Harganya ialah 1700dirham

Yang ini pula menjual meja, alas/tila dan juga 2 teko yang dihias.

Yang ini pula booth yang menjual teko arab yang bersalut emas dan perak. Menurut penjual, Sheikh Mohammad Al Makhtoum ada memberikan teko produk hasil keluaran syarikat ini kepada Queen Elizabeth sebagai cenderahati. Teko tersebut dibuat sendiri (handmade) oleh pakcik penjual tersebut..

ini pameran set pinggan mangkuk dari syarikat Jashanmal. Haa..syarikat Jashanmal ni menjual alat alat meja dan peralatan dapur. Kay ada beli handblend jenama Kenwood di Jashanmal Mall of Emirates kalau tak silap. Jashanmal ni banyak cawangan.

Yang ini ialah manisan Arab yang dihias cantik!!

Lagi manisan yang menarik perhatian Kay untuk ambil gambar. Lolly pop yang diukir seperti mak Arob dan pak Arob..hehehe

No comments:

Post a Comment

Happy 40th birthday husband!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat sihat sahaja.. Entry kali ini Kay nak abadikan serba sedikit sambutan ...