Monday, December 15, 2014

Resipi kek coklat moist kukus

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni Kay nak berkongsi resipi kek.
Kek apa? Kek coklat moist yang dikukus... Heheheh
Ouh.. Kay bukan pandai membuat kek.
Masih lagi dalam proses pembelajaran.
Resipi ini merupakan resipi ketiga berkenaan kek yang Kay kongsikan..
Maknaya Kay baru confident nak buat ketiga-tiga jenis kek ini sebab Kay dah buat dan berjaya mendapatkan hasilnya..heheh
Untuk resipi kek Sarang Lebah/Kek sarang semut/Kek Gula Hangus dan Resipi kek span perisa pandan sila klik

http://kay-hussin.blogspot.ae/2014/10/resipi-kek-gula-hangus.html

Sebagai mukadimah..chewahh..
Haa..Kay pernah buat kek coklat mosit ikut resipi dalam youtube. Jenis bakar punya tapi macam kurang menjadi.
Sejak dari hari itu Kay tak buat lagi.
Lepas tu Kay berkenalan dengan Kak Rose ataupun nama panggilan Ome dan dapat resipi ini setelah merasai sendiri keenakkan kek coklat moist Kak Rose.
Semoga ilmu membuat kek coklat moist Kak Rose ini menjadi amal jariah untuk Kak Rose sebab sudi berkongsi ilmu.
Kak Rose siap cakap, ini ilmu Allah..boleh saja nak kongsi..
Haa..cakap pasal nama Ome ni, nama Ome ni ialah singkatan untuk comel.
Emak Kay a.k.a Opah pun kadang-kadang panggil Khadeejah Bella dan Ayshah Bella dengan panggilan Omel (singkatan untuk Comel)
Opah cakap, orang tua dulu dulu suka panggil nama timangan macam Omel (untuk comel), Ayang/Oyang (untuk Sayang), Anje (untuk Manja)
Tapi Kay tak galakkan Opah panggil Omel, Ayang, Anje kepada Khadeejah Bella dan Ayshah Bella.
Kay suruh panggil nama penuh. Jangan pelat pelat..(garang tak Kay??hahha)

Berikut ialah resipi yang ditulis sediri oleh Kak Rose.

Kek Coklat Moist ( Kukus)

Bahan-bahanya

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil nescafe
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko 
3 biji telur
beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*

1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.

Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan.
 Panaskan pengukus.
2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.
3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.
4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.

Cerita banyak-banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Kay menggunakan serbuk koko jenama Hershey's yang berharga 16 dirham di Carrefour BurJuman.  Kalau serbuk koko jenama Van Hauten berharga 20 dirham juga di Carrefour.

Minyak kelapa sawit, Kay tukar menggunakan minyak bunga. Sebab di Dubai kurang menjual minyak kelapa sawit.  Banyak menjual minyak bunga. Ouh, Kay beli minyak tersebut di LuLu Hypermarket yang terletak di Al Barsha.

Nescafe pula, Kay gantikan dengan serbuk kopi segera seperti gambar diatas sebab rumah Kay tak ada nescafe. Kay gunakan 2 paket kecil.

Inilah hasilnya selepas dikukus.  Bila tengok hasilnya, Kay gembira la sebab rupanya dah ada. Warna hitam berkilat..Tapi dalam hati gusar juga sebab takut tak sodap.  Sebab ini kali kedua kay buat kek ini menggunakan resipi Kak Rose. Resipi pertama Kay lupa nak letak nescafe maka  warna kek kurang gelap. Dan kek rurang moist sebabnya mungkin kurang minyak. Kay menggunakan 1 cawan minyak bunga tetapi dalam resipi ialah 1 cawan minyak masak. (kalau minyak masak kat MAlaysia mesti kita gunakan minyak sawit kan). Minyak sawit mungkin lebih minyak, maka cukup bila menggunakan 1 cawan sahaja manakala minyak bunga mungkin kurang berminyak. Makanya Kay lebihkan 1/2 cawan  minyak bunga dan Kay lebih kan 1/2 cawan air dan Kay lebihkan serbuk koko sebab percubaan pertama kek coklat Kay kurang rasa coklat (Kata beberapa orang yang merasa..).

Haa..ini lah rupa kek yang telah dipotong.

Ini Kay potong sikit sebab nak bagi Khadeejah Bella makan..Dia memang suka makan coklat dan juga kek coklat..hehehehe

No comments:

Post a Comment

Ayshah dah sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ini Kay nak kongsikan pasal kerenah Ayshah Bella bila hendak ke sekolah waktu pagi. Untuk ...