Thursday, February 12, 2015

Resipi Apam Beras

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak share resipi apam beras.
Sebenarnya Kay dah beberapa kali buat apam ni tapi hasilnya tak memuaskan.
Memuaskan disini maksudnya kepuasan dari segi luaran apam. Iaitu banyk kali Kay buat tapi apamnya tak merekah.
Dari segi rasa, ok lah.. Sebab Kay ikut sukatan.
Untuk mendapatkan apam yang merekah, perlu ada teknik yang Kay akan kongsikan..

Bahan-bahan:
1)1 cawan nasi
2)1 cawan tepung beras
3)1 cawan tepung gandum
4)1 cawan air
5)1 cawan gula
6)1 sudu teh yis


Cara-cara yang Kay buat ( Kay tukarkan semua sukatan kepada setengah cawan sebab Kay nak buat sedikit sahaja)
- 1/2 cawan air dicampurkan yis dan sedikit gula bagi mengaktifkan yis. Biarkan selama beberapa minit. Hasilnya, larutan tadi akan berbuih. Kalau yis sangat aktif, buih akan membuak keluar. Kalau tak ada buih, maknanya yis yang digunakan telah rosak.
-1/2 cawan tepung gandum dan 1/2 cawan tepung beras diayak
-1/2 cawan nasi dan 1/2 cawan gula dikisar bersama sedikit air (agak agak blender boleh berputar). Kisar sehingga halus
- kemudian campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati
- peram selama 1 jam


TIPS yang Kay dapat dari mak saudara, Mak Itam/ Nektam (sebab dah bercucu.. Dan cucunya ramai.. Alhamdulillah) 
Terima Kasih sudi berkongsi tips dan ilmu. Semoga ilmu ini dapat menjadi amal dan dimanfaatkan oleh semua pembaca.
- pengukus mesti dah panas atau mendidih terlebih dahulu
- jangan dibuka - buka penutup pengukus. Kalau dibuka, apam akan terperosok jatuh.

Cerita banyak-banyak tak best, so lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Ini adalah gambar apam beras yang tak jadi ( tak merekah). Tapi rasanya sedap. Kebetulan beberapa hari kemudian, sepupu Kay (anak perempuan Nektam) post gambar apam yang dia buat kat dalam Facebook. Kay pun share la gambar apam beras yang tak jadi ni kat facebook dan Kay suruh Nektam tengok rupa apam ni dan tanya kenapa tak merekah. Akhirnya, Kay dapatlah tips tersebut dan mencuba lagi sekali.

Inilah apam beras yang sepupu Kay buat. Warna yang terang dan cantik rekahan nya. Sudah semestinya sedap...


Tadaaa.. Alhamdulillah.. Kesemua apam yang Kay kukus merekah!!! 

Nampak tak ada satu apam yang tak jadi. Kenapa? Sebab Kay letak lapisan pengukus senget. Dipertengahan mengukus baru Kay perasan dan cepat cepat betulkan. Masa senget, mungkin air dah bertakung dalam bekas apam tu.. Itu yang tak jadi kot..

Untuk mempercepatkan kerja (Kay buat masa Ayshah tengah tidur tengahari), Kay susun bekas apam didalam pengukus 2 tingkat. Untuk bahan bahan yang Kay tukarkan kepada 1/2 cawan, dapat menghasilkan 14 biji apam bersaiz sederhana. Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...