Thursday, April 9, 2015

Collegiate American School International Day 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Entry kali ini Kay  nak kongsikan pengalaman menghadiri International Day di Collegiate American School (CAS), Dubai.
Ini kali pertama Kay datang ke CAS.
Sebelum ini Kay pernah menghadiri Emirates International School (EIS) yang terletak di Jumeirah.
Sila klik http://kay-hussin.blogspot.ae/2013/02/eis-international-day.html
International Day di CAS, memang Kay nanti nantikan sebabnya Kay betul betul ingin menghayati dan mengambil gambar-gambar yang menarik.
Makanya, Kay datang agak awal dalam pukul 10 pagi. Tuan rumah Malaysian Booth pun belum sampai masa Kay dah berada di tapak booth Malaysia. Punyalah Kay bersemangat!!
Majlis bermula pukul 12 tengahari hingga 4 petang.

Alhamdulillah CAS International Day  berlangsung pada hari Jumaat (hujung minggu).
Maka, Lau Kong boleh tolong jagakan Khadejah Bella dan Aysahah Bella sementara Lau Po jalan-jalan mencari bahan untuk dikongsikan dengan para pembaca.

Cerita banyak-banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian terima kasih.

Inilah Collegiate American School Dubai.

Gambar pemerintah UAE.


Salah satu papan di dinding sekolah. One world, many stories.

Booth Japan. Meja yang penuh dengan hasil origami.

Wanita berbaju kimono.

Booth Republic of Kazakhstan.

Booth Korea.

Booth Pakistan.

Dulang-dulnag di Booth pakistan yang menarik dan berwarna warni. Dulang tersebut masih kosong, Belum diisi dengan barang-barang.

Antara barang-barang pameran di booth Pakistan.

Antara sayur-sayuran yang dipamerkan di Booth Pakistan.

Henna di atas meja Booth Pakistan.

Booth Canada yang merah menyala dan simple!!!

Booth Mesir/Egypt. Meja penuh dengan hidangan makanan!

Trolley yang juga penug dengan periuk belanga yang diisi makanan!!

Antara hiasan diasatan meja Booth Mesir.

Peti yang bercorak patung Mesir.

Booth Sudan. Cantik dan berseri!!

Antara hiasan diatas meja Booth Sudan.

Ini adalah tempat untuk membuat Henna di booth Sudan. Hanya dibuka pukul 1 tengahri hari.

Lagi hiasan dan barang pameran booth Sudan.



Booth Mexico.

Apakah ini? Salah satu sambutan yang ada di Mexico iaitu Day of  the Dead. Merupakan cuti umum di Mexico. Catrina merupakan salah satu figurin yang terkenal di perayaan Day of the Dead. Untuk keterangan lanjut, boleh cari di internet.


Haa.Lesung Batu Mexico!!

Wanita-wanita Mexico.



Booth Azerbaijan yang simple.

Antara barang pameran Azerbaijan.


Booth Ethiopia.

Apakah ini? Ini adalah bekas yang digunakan untuk meletakkan makanan. 

Antara perkakas memasak di Booth Ethiopia.

Ini adalah bekas yang digunakan untuk kopi.

Ini adalah bekas untuk air sejuk.

Wanita Ethiopia dan baju yang cantik.

Roti yang telah disiap dipotong dan para pengunjung boleh merasanya.

Bekas yang cantik untuk meletakkan roti atau buah buahan atau pun makanan lain.

Tikar yang diperbuat daripada plastik. Kalau diikutkan, sebenarnya tikar terseut diperbuat dari rumput ataupun daun.

Tempat membakar lilin ataupun bukhoor.

Cawan kopi  yang bercorak Ethiopia. Sangat comel!!


Kay tak sempat nak mencuba kopi Ethiopia.



Kasut kulit di Booth Pakistan.

Inilah tukang kasut di Booth Pakistan.

Bukan sahaja ada tukang kasut, tetapi ada juga Rickshaw. Kalau di Thailand, dikenali dengan Tuk-Tuk. Rickshaw merupakan pengangkutan awam di Pakistan. Bukan sahaja Pakistan, malahan antaranya di India, Thailand, China, Peru, Indonesia, El Salvador, Ethiopia dan Sri Lanka.

Haa..inilah dia Booth Malaysia. Tuan rumah baru sampai dan siap menghias booth. Lau Kong yang berbaju melayu biru disebelah kanan. Membantu apa yang patut. Lau Po jaga anak-anak sambil snap gambar.



Aktiviti pelajar-pelajar ialah mendaftarkan diri untuk mengambil nombor bagi cabutan bertuah dan mengambil sehelai kertas yang mempunyai senarai negara-negara yang terlibat. 

Teh Cina dan set teko dan cawan teh yang cantik.

Bian Lian. Face changing. Pelakon akan menukar pelbagai topeng dengan segera disebalik kipas ataupun pergerakan muka atau lambaian tangan.

Booth Italy.

Antara hidangan negara Mamma Mia!!

Demonstrasi secara langsung untuk membuat Pizza.


Booth Croatia.
Antara makanan Croatia. Ada Croation Struddle with Apple, Croatian Killice (almond horn shape cookies) dan Croation Burek with Beef. 


Antara barang pameran Croatia.

Venezuela!!

Milk Ball.

Sweet Papaya. Kay tengok dalam cawan tu macam hirisan betik yang dikeringkan dan disira dengan gula.

Apakah nama pokok itu? Tabebuia chrysantha tealh diisytiharkan sebagar pokok kebangsaan Venezuela pada 29 May 1948.  

Mainan Venezuela. Macam mana nak main nya?

Kita goncang-goncangkan sampai benda bulat tu masuk di batang kayu seperti gambar diatas. Paham tak??hehehe

Lau Kong mencuba permainan Venezuela.

Antara mainan Venezuela.

Tak silap ini adalah Espadrille. KAsut yang dianyam dari jute. Untuk keterangan lanjut boleh cari di internet,
Booth Syria. Chef sedang sibuk menyediakan hidangan.

Antara barang pameran Syria.



Ada 3 kategori yang dipertandingkan iaitu, pakaian, booth dan makanan.



Mana bendera Malaysia?? Nampak tak?

Cereal bars, cookies dan muffins di booth Negara Uncle Sam.

Hiasan Cowboy di Booth Amerika.

Antara barang pameran USA.

Apakah nama khemah ini? Namanya ialah Teepee atau Tipi.

Howdy Y'all..Hello You All



Booth Indonesia. 

Kuih muih yang menyelerakan.

Baju Kurdistan of Iraq yang merelip-relip. Cantik.

Booth Republic of Czech



Marionette yang terkenal di Prague. Patung yang digerakkan menggunakan tali.

Prague. The capital of The Czech Republic. Terkenal dengan barangan kaca.




Booth Philippines.

Beef Asado. Kay cuba. Rasanya macam daging masak kicap.

Bihun Goreng.  Fried Pancit.

Nasi Goreng stail Filipin..

Chicken Asado.


Booth Palestine.

Antara hiasan Palestin.

Antara hiasan diatas meja Booth Palestine.

Antara makanan Palestine.


Bunting di Booth Russia. Poka, spasibo, dan sebagainya..

Sibuk menghias meja.





Antara barangan yang dipamerkan.

Wanita-wanita Russia.


Inilah dia Booth Malaysia yang telah siap dihias. Ada bunga telur. Bunga telur bukan sebarang tau. Bunga telur dengan warna Jalur Gemilang!!

Antara kuih muih yang dihidangkan. Buah Melaka/Onde-onde dan kuih lapis.

Kuih seri muka yang sedap.

Kuih ketayap. Masa kecil, Kay tak suka kuih ketayap. Tappi dah besar, suka pulak.hehehe


Booth Armenia.

Bendera Armenia.

Antara hidangan Armenia.Tomato yang dihiris. Atasnya macam ada krim.
Ada kekacang.



Baju yang dipakai oleh Armenian. Kita boleh pakai baju tersebut dan bergambar!

Antara barangan yang dipamerkan di booth Turki. Ada teko untuk kopi. Ada tempat letak gula dan susu. Ada tempat letak lada hitam.

Ini adalah dulang yang berisi set untuk Turkish Bath ataupun dikenali dengan nama hammam.

Apakah itu? Itu ialah pin yang ada ada benda biru bentuk macam mata dan syiling emas. Turkey tradition, memakaikan pin tersebut di baju kanak-kanak untuk mengelakkan Evil Eye.

Antara makanan di booth Turki.


Yang Kay tunggu -tunggu di CAS International Day ialah makanan Korea.

Gimbap.

Kimchi-jeon.

Tteok-bokki

Japchae

Jelly dan gula-gula Korea.

Minuman Hong-Cho.




No comments:

Post a Comment

Salam Maal Hijrah 1439

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam. Jatuh juga hari pertama dalam kalender Hi...