Tuesday, April 21, 2015

Naif Souq Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat dan baik-baik sahaja.
Entry kali ni Kay nak kongsikan sikit berkenaan tempat yang bernama Naif dan juga Naif Souq/ Pasar Naif.
Souq adalah perkataan ARab yang bermaksud pasar.
Naif merupakan daerah yang terletak di Deira, Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.
Di daerah ini terdapat perumahan dan pejabat-pejabat.
Naif merupakan salah satu daerah yang tertua.
Penghuni di daerah ini kebanyakkan dari India, Pakistan dan Bangladesh. (Sumber Wiki)

Kepadatan penduduk di Naif adalah tinggi.
Agak sukar untuk mendapatkan parking kereta dan sesak dengan umat manusia yang datang untuk membeli belah dan sebagainya.

Cerita banyak-banyak tak best.
Let's enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Ini merupakan papan tanda yang terletak diluar bangunan Naif Souq.
Dipapan tersebut tertera tarikh perasmian bangunan baru Naif Souq iaitu pada 20/10/2010 bersamaan 12 Dhul Qaeda 1431 Hijri oleh His Highness 
Sheikh Majid Bin Mohammed Bin Rashid Al- Maktoum
Chairman of Dubai Culture and Arts Authority. 
Souq Naif sudah ada pada 1970. Tetapi dibuat semula pada 2010.
Ini kerana pada tahun 2008 berlaku kebakaran besar yang memusnahkan keseluruhan Naif Souq.
Naif Souq mempunyai 4 pintu utama. Dalam gambar diatas merupakan pintu nombor 3.
Waktu operasi Naif Souq ialah 8.30 pagi hingga 11.30 malam.
Naif Market mempunya 2 tingkat dan kemudahan eskalator dan juga elevator.
Keadaan didalam bangunan Naif Souq. Amat selesa membeli belah di dalam Naif Souq kerana kedai yang tersusun dan berhawa dingin. Kemudahan hawa dingin amat penting kerana bila masuk musim panas, suhu boleh mencecah melebihi 40C.
Jika waktu puncak dan hujung minggu, Naif Souq memang penuh dengan pengunjung.
Kesimpulannya, sila rancang perjalanan anda dengan baik. Seelok-eloknya datang pada waktu pagi untuk mendapatkan parking. Jika tidak memandu, bole menggunakan perkhidmatan awam seperti teksi dan juga Metro. 

Selain baju yang sudah siap (Ready made garment) terutamanya abaya, di bahagian dalam Naif Souq ada menjual perhiasan, minyak wangi, shawl, mainan kanak-kanak dan baju jubah lelaki yang dikenali sebagai kandurah. Ada juga jual yang menjual makanan ringkas seperti sweet corn, ice cream, pop corn dan minuman.
Ini adalah pemandangan kedai kedai yang terletak di bahagian luar Naif Market.

Kedai yang menjual sejadah dan baju ready made dari India.

Haa..kedai ini menjual baju belly dancing kot kan? kan?
Selain abaya, ada juga dijual kain ela dibahagian dalam dan juga bahagian luar Naif Souq.
Ada juga bangunan lain yang berdekatan Naif Souq yang menjual pelbagai jenis material kain antaranya French Lace, Lycra, Japanesse Cotton, Net, Sequin, Velvet dan sebagainya. Ada beberapa kedai yang menjual perlatan menjahit seperti benang, gunting, reben, pin, zip, manik labuci dan sebagainya.
Ini pula kedai yang menjualhookah dan segala keperluan hookah.

Peralatan-peralatan untuk hookah.
Hookah merupakan paip yang mempunyai saluran tiub  fleksibel yang panjang, yang mengeluarkan asap melalui air. Secara tradisinya, untuk menghisap tembakau yang selalunya diberikan perasa.
Ini adalah tembakau. Tembakau dihisap menggunakan hookah.

Disebelah kedai menjual tembakau dan hookah, ada pula kedai yang khas menjual kayu arang.

Apa kah itu? Ini adalah gambar kedai yang menjual shawerma yang terletak dibahagian luar Naif Souq.
Landmark kedai makan ini ialah, ia berdekatan dengan masjid.
Selepas penat membeli belah, boleh la singga untuk makan shawerma dan minum chai. Ada juga menjual jus, faloodah, ais krim dan samosa.
Air kelapa buah pun ada!! Tak silap 5 atau 6 dirham satu biji.

Apakah nama kedai makan ini?
Jawapan nya ialah Cafeteria Anas!!
Sejak 1988.

Kalau Kay ke Cafe Anas, Kay pasti makan shawarma dan juga chai (Teh susu).
Kentang goreng itu untuk Khadeejah. Yang Kay nak kongsikan disini ialah nampak tak botol yang warnma merah tu?
Itu adalah botol yang diisi dengan sos tomato. Sos tomato kat Cafe Anas ni sedap!. Tak pasti pulak jenama apa. Ataupun mungkin sebab Kay lapar sampaikan sos tomato pun rasa sedap.
Untuk pengetahuan semua pembaca, di Dubai ni kedai makan tidak menyediakan sos cili. Awal awal datang Dubai, memang Kay tak biasa sebab Kay suka makan sos cili. Sos tomato tak biasa makan. Tapi lama-lama, ok saja..


Nampak tak tempat untuk memanggang daging ayam untuk membuat shawerma.
Apakah shawarma? Untuk keterangan lanjut boleh taip perkataan shawarma di WIKI.

Nampak tak mesin ais krim?

Disebelah kanan, nampak tak bekas kaca? Dalam tu ada samosa dan makanan bergoreng yang seangkatan dengan nya.

Pemandangan di sekitar Naif.

Nampak tak menara masjid yang terletak berhampiran Naif Souq.
Ini adalah gambar deretan kedai disekitar Naif. Ada yang menual kain ela, kasut, beg dan sebagainya.


Lagi pemandangan di Naif.

Jika ingin ke Naif Souq menaiki Metro, perhetian metro yang terdekat ialah Baniyas Square Station.

Untuk menaiki metro, perlu turun ke bawah. Sebab station nya terletak di bawah tanah.








































No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...