Sunday, August 28, 2016

Perjalanan melahirkan Shafeeyyah Bella Bt Khanif

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry Kali ini Kay nak kongsikan detik-detik melahirkan Shafeeyyah Bella.
Seperti 2 kelahiran sebelumnya, Kay memilih untuk induce atas sebab-sebab tertentu.
Makanya, pada 26 Ogos 2016, kandungan genap 38 minggu dan boleh di keluarkan.
Hari Jumaat. Memang pilihan kami. Sama seperti Khadeejah Bella,lahir hari Jumaat di Kuala Lumpur.
Ayshah Bella Lahir hari Selasa di Dubai.

Pagi Jumaat,lepas hantar Ayshah Bella ke Taska dan Khadeejah Bella ke Tadika, kami ke Columbia Asia Hospital Miri untuk masuk wad. Kira cek in hospital lah..
Pukul 8.08 pagi Kay sampai dan daftar masuk. Proses pendaftaran ambil masa 20-30 minutes.
Dalam 840pagi masuk ke bilik 207, nurse buat CTG.
930 atau 940 pagi Doctor Aida Bt Esa datang cek bukan dalam 2-3 cm dan kemudian masuk kan ubat separuh.
Kay sempat sarapan McDonald's breakfast set.

Bila daftar masuk, akan dapat set alat kebersihan diri dan sekotak you. 


Sebenar nya Khadeejah tak berapa sihat, sakit perut muntah muntah. Kay sapu minyak angin dan suruh juga ke sekolah sebab ada sesi bergambar akhir tahun. Dah bayar RM 7. Jika tak datang, akan terlepas sesi bergambar dan tiada kenangan di sekolah tersebut sebab tahun depan, Khadeejah akan ke sekolah lain.
Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan. Cikgu beritahu, lepas sesi bergambar boleh terus ambil Khadeejah pulang.

26/8 sesi bergambar
30/8 sambutan hari merdeka

1040pagi..iaitu 1 jam selepas ubat dimasukkan, nurse buat lagi CTG.

Ini lah dia rupa mesin CTG. untuk monitor baby heartbeat. alhamdulillah semua nya OK.

Sementara tunggu bukaan, Walid uruskan sedikit hal dan pukul 11 pagi ambil Khadeejah dari sekolah. Setengah jam awal dari waktu pulang iaitu 1130pagi dan terus bawa Khadeejah ke hospital untuk bawa Khadeejah tengok Kay.
Kay dah bagi tahu Khadeejah, baby nak keluar dah.hehehe
Tak lama Khadeejah dan Walid di Hospital sebab Khadeejah tak sihat dan Walid mengantuk. Makanya mereka pulang dalam pukul 12tengahari.

Kay duduk di Hospital...
118tengahari, air ketuban pecah. Alhamdulillah Walid dah berada di lobby hospital.
Nurse bersiap sedia bawa Kay ke labour room.
Sampai di labour room, senior nurse/midwife dan nurse bahagian kanak-kanak membuat persediaan bagi menyambut kelahiran.
Kay pakai gas untuk kurang kan sakit.
Tak sempat nak ambil epidural sebab dah buka 7-8cm.
147 tengahari, Shafeeyyah Bella selamat keluar dan disambut oleh bidan bersama Azalya Dumong. Dr Aida tak sempat nak sambut.
Apa-apapun Alhamdulillah, semua selamat, dipermudahkan dan semua berjalan lancar.

Lepas Shafeeyyah Lahir, placenta belum keluar. Perut Kay kurang selesa.
Lepas beberapa minute, baru placenta keluar. Baru nyaman rasa perut.
Kemudian baru Dr Aida sampai.
Keluarkan darah beku dan Jahit bahagian yang terkoyak.
Bonding time with Shafeeyyah. Bagi susu badan. Belum banyak lagi. Ada beberapa titik colostrum sahaja....
Lepas bersalin, ada beberapa ubat yang diberikan

Multivitamin. Jenama Pharmaton

Ubat untuk keluarkan angin

Ubat untuk lembutkan najis or sembelit



Lepas Maghreb, Atok Nenek Walid Khadeejah dan Ayshah datang untuk melawat Shafeeyyah.

Bawa muffin dan bubur ayam McD untuk dinner Kay.

Maka tamatlah episode melahirkan Shafeeyyah Bella.

Cerita lain akan dikongsikan di entri seterusnya.

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment

Happy 40th birthday husband!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat sihat sahaja.. Entry kali ini Kay nak abadikan serba sedikit sambutan ...