Wednesday, November 16, 2016

Khadeejah dah pandai mengeja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti tahun entry diatas,
Kay ingin mengabdikan pencapaian terbaharu Khadeejah Bella...
Alhamdulillah dah boleh mengeja pada umur 5 tahun. Mungkin ada kanak-kanak yang sudah boleh mengeja seawal usia  3 tahun.
Khadeejah sudah bersekolah tadika. Jadi belajar di sekolah. Kay tak paksa dirumah.
Dirumah hanya berehat. Kalau ada ujian, baru Kay suruh buka buku. itu pun baca sekali sahaja.
Jadi nya suatu hari, semasa ikat rambut Khadeejah, getah rambut terputus.
Makanya Kay eja suku kata pertama iaitu 'pu'.. Khadeejah Pula sambung 'tus'.
Kay terkojut dan happy. Alhamdulillah.
Kemudian Kay cakap bagus. Dan eja suku kata pertama 'ba'.. Khadeejah sambung 'gus'.
Alhamdulillah.
Kay Tanya siapa yang ajar. Law Lao Se atau Chong Lao Se. Padahal Kay dah tahu, Law Lao Se yang ajar.

Itu saja perkongsian hari ini.
Semoga Khadeejah terus sukses.

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment

Shafeeyyah Bella dan berjalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari in Kay nak abadikan perkembangan terbaharu Shafeeyyah Bella yang kini berusia 1 tahun 3 bulan. D...