Sunday, January 8, 2017

Perkembangan Ayshah Bella 4 tahun

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.
Seperti tahun entry diatas, Kay ingin kongsikan perkembangan terbabas Ayshah Bella.
Alhamdulillah tahun ini (2017) , Ayshah berusia 4 tahun. Walaupun dia Lahir hujung tahun, dia menunjukkan perkembangan yang bagus. Mungkin sebab ada kakak (Khadeejah).
Makanya dia cepat belajar.
Alhamdulillah, Ayshah dah pandai pee pee di toilet Dan nak basuh sendiri.
Walau bagaimana pun, Kay tetap pakaikan pampers kalau keluar berjalan dikhuatiri tak jumpa tandas kalau dia nak pee pee. Tambahan pula Kay ada Shafeeyyah yang mini berusia 4 bulan.

Ayshah dah masuk tadika. Satu sekolah dengan kakaknya.
Guru besar komen, Ayshah paling steady.
Masa awal awal persekolahan, ada beberapa Kanak Kanak yang menangis, tapi tidak untuk Ayshah.
Mungkin sebab dia ke Taska semasa berusia 3 tahun. Makanya dia tidak terkejut.
Sebab di Taska, ada diajar Cara bergaul dengan Kanak Kanak lain.
Lagi Satu, di Taska juga ada buat aktiviti antarabangsa mewarna. Dari situ, Ayshah sudah belajar memegang pensil Dan sudah pandai mewarna di dalam lingkungan. Itu pun Satu pencapaian yang bagus, walaupun muka manusia diwarnakan dengan warna biru.
Menurut guru Taska, kanak-kanak masuk usia 5 - 6 tahun, secara automatic akan tahu warna kulit. Di sebabkan itu, untuk Kanak Kanak berusia bawah 5 tahun, hanya diberikan pensil warna yang berjumlah 12 batang sahaja. Kalau dah besar, boleh lah Sibelius pensil warna 24 atau 36 batang.

Ayshah juga sudah pandai pakai kasut Dan stoking sendiri.
Mandi, sikat rambut Dan gosok Gigi juga dah pandai. Cuma kurang kemas.
Apa apa pun, bersyukur sebab dia mahu buat sendiri (berdikari).

Haa...Lagi Satu, Ayshah Ni tak boleh kalah.
Kalau Khadeejah bercerita pada Kay yang dia pandai dalam sesuatu ataupun mahu sesuatu, Ayshah juga akan cakap atau minta benda yang sama.

Ayshah suka kacau barang kakak.
Kalau terjadi, Khadeejah akan mengadu.
Kay akan leraikan dengan Cara yang berpatutan.
Ayshah Ni masih Suka melekat dengan Kay.
Berbeza dengan Khadeejah yang sekarang berusia 6 tahun, Khadeejah OK kalau Kay tinggalkan dia sebentar. Khadeejah tidak mencari.
Kalau Ayshah, dia akan Tanya " mana Mama?"
Pi
Makanan kegemaran antaranya ayam goreng KFC, coklat cloud nine, KitKat, surprise egg, keropok ikan, keropok lekor.

Air coca cola, air susu segar.

Haa...Susu anlene Kay pon dia sapu.
So far, Ayshah tak sembelit bila.minum anlene. Apa apa pun, Kay tak bagi dia minum anlene. Itu dia kebas Kat atas meja. Kay bagi Ayshah minum fresh milk Dan susu anmum.m

Sekian , terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Happy 40th birthday husband!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat sihat sahaja.. Entry kali ini Kay nak abadikan serba sedikit sambutan ...