Friday, October 13, 2017

Boleh kah laminate surat beranak atau sijil lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Kay baru pulang dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ada persoalan berkaitan MyKid Khadeejah Bella (Lahir di Kuala Lumpur) dan Mykid Ayshah Bella (lahir di Dubai).
Untuk pengetahuan, kami sekarang menetap di Sarawak.
Memandangkan kami bukan rakyat kepunyaan Sarawak, maka kami perlu cop pasport.
Tapi bagi Khadeejah dan Ayshah boleh masuk tanpa cop passport, cukup sahaja dengan menunjukkan sijil lahir yang asal di Imigresen di airport sebab bapa nya ialah rakyat kepunyaan Sarawak.
Untuk Shafeeyyah Bella, tiada masalah sebab lahir di Sarawak dan tertulis di MyKid.
Tak perlulah bawa sijil lahir asal/original bila nak keluar atau masuk ke Negeri Sarawak.
Memandangkan sijil lahir perlu dibawa setiap kali bila nak naik belon, maka Kay bertanya di kaunter JPN, boleh atau tidak sijil lahir di laminate?
Jawapan nya lebih baik dimasukkan kedalam fail lutsinar.
Sebab nya, sebagai contoh, bila nak daftar sekolah masuk tahun satu, sekolah perlu cop belakang sijil lahir. Kalau sekolah tak dapat cop, kemungkinan sekolah akan suruh buat sijil lahir yang baharu.
Lebih elok jika tidak di laminate. Cukup lah sekadar di simpan/ dimasukkan ke dalam fail lutsinar untuk mengelakkan dari kotoran atau terkena air.
Jika sudah laminate, dan perlu di buat baharu, bayaran sebanyak 5 ringgit akan di kenakan.

Itu sahaja info.

Sekian, terima kasih.

1 comment:

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...