Tuesday, October 10, 2017

Khadeejah Bella menang mewarna Tom and Jerry di sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Entry kali ini Kay ingin abadikan kemenangan Khadeejah Bella.
Bukan lah pertandingan mewarna besar besaran, tetapi mewarna didalam kelas.
Hari ini, ada lawatan community service (CSR) dari pelajar Institut di Miri ke sekolah tadika Khadeejah.
Kelas Khadeejah (3 A) terpilih sebab kelas 3 B belum habis silibus pelajaran (sekarang bulan 10). Hujung bulan 10 dan awal bulan 11 akan berlangsungnya ujian akhir tahun.
Kelas Khadeejah, boleh dikatakan hampir habis silibus pelajarannya...

Cerita banyak-banyak tak best.
So lets enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Kebetulan malam semalam Kay suruh Khadeejah mewarna. Bukan apa, sebab ada banyak buku yang belum diwarnakan. Dari membazir, elok diwarnakan..

Ini lah hadiahnya. Pensil warna 12 batang, Stabilo. Alhamdulillah. Kay Tanya, Apa yang kena warna. Khadeejah cakap, kucing (Tom) diwarnakan biru sebab tiada warna kelabu, perutnya warna pink, tikus (Jerry) diwarnakan coklat dan ada seekor anjing di warnakan hitam. Kay tak pasti pula, kemas atau tidak. Tapi kalau menang tu, mesti la kemas kan? heheh

Antara hasil warna kelas 3A. Pesta tanglung.

Ini Ayshah Bella mewarna di pertandingan mewarna di tadika. Tak menang pon. Tak apa. Teruskan usaha untuk tahun hadapan.

Hasil warna Khadeejah Bella

No comments:

Post a Comment

Viu subscribe message

Assalamualaikum dan selamat petang. Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. Entry kaki ini Kay nak kongsikan pasal Viu. Kay tahu sikit ...