Sunday, October 29, 2017

Poslaju dan serahan ke dua Miri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini hari Ahad..
Masak ape untuk tengahari nanti???
ok.. Entry kali ini Kay nak kongsikan pengalaman mengambil barang di Poslaju Miri.
Ada Poslaju hantar barang semasa ketiadaan Kay dirumah.
Maka, seperti biasa, akan ada notis untuk kutip barang di Poslaju.
Tetapi, pada hari tersebut, Kay perasan ada tulis berkenaan serahan kedua.
Ini sudah bagus, sebab kita tak perlu ke Poslaju untuk kutip sendiri.
Macam Kay, agak sukar nak ke Poslaju semata mata nak kutip barang.
Sebab sibuk nak hantar anak sekolah dan sebagainya. Ditambah pula jalan nak ke Poslaju tak sama arah. Jadi, agak leceh.
Bila nombor telefon+60192789570 tertulis di kertas notis, terus Kay SMS untuk perkhidmatan serahan ke dua (Kay SMS waktu pagi dalam pukul 10 pagi) . Nombor tersebut hanya untuk SMS. .
Tapi tiada jawapan /balasan.
Makanya, Kay terus ke Poslaju Miri untuk kutip barang. sebab Takut kalau tak kutip barang, sebab barang akan dihantar semula ke pengirim.
Alhamdulillah, pada pukul 3 petang hari yang sama, Kay dapat SMS dari Poslaju.
Apa yang Kay nak kongsikan ialah.... nombor yang diberikan, boleh pakai. Kiranya kalau ada notis perlu kutip barang di Poslaju Miri, boleh sahaja SMS nombor tersebut untuk serahan kedua.  SMS elok elok. semoga InshaAllah akan dibalas. Cuma cepat atau lambat.
Last but not least, good job Pos Malaysia.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...