Monday, January 22, 2018

Beg Sekolah berat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat pagi.
Khadeejah dan Ayshah masing masing sudah ke Sekolah.
Entry Kali Ini Kay nak tulis pasal beg Sekolah yang berat.
Masa Sekolah Tadika, tak berat sebab buku nipis.
Walaupun banyak, banyak masih bearable.
bila dah masuk Sekolah rendah, ada buku teks ( tebal  + banyak= berat).
Ditambah dengan buku aktiviti Dan buku tulis.

Cerita banyak-banyak so let's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.

Haa.. kisahnya, Kay ambil Khadeejah didepan pintu kelas. Keluar je Dari pintu kelas, dia cakap, "Mama, sakit belakang".
Sememangnya, tidak dapat dinafikan beg Sekolah Khadeejah berat. masa Ditambah lagi kena beratur sebelum keluar kelas.Murid murid Ada dalam 40 lebih orang.  Jadi masa menunggu untuk keluar pintu, memang lama.
Lepas Khadeejah bagitahu, sakit belakang, kedai MR DIY Terus terlintas di Kepala.
Alhamdulillah masih ada 2 beg troli. Kay pilih yang Ada 🌟 fish tu.  Sebab tak silap, Khadeejah tak Suka semua warna pink.
Kay Scan di price checker, harganya rm83. Tapi bila Bayar di kaunter, harganya RM 55. Alhamdulillah.. heheh..
Orang beli beg sekolah, sebelum masuk Sekolah. Kay beli lepas 2 minggu persekolah Bermula.
Bukan Apa, beg Dari Sekolah Tadika masih elok. Cumanya, tidak beroda.


No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...