Thursday, January 4, 2018

Sofia..Kakak dah balik sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Entry kali ini Kay nak abadikan telatah Ayshah Bella yang berumur 5 tahun pada tahun ini (2018). Tapi kalau sebetulnya dia sekarang 4 tahun 1 bulan..
Ayshah ni rajin melayan Si Adik yang berusia 1 tahun 4 bulan.
Ayshah la yang nak pakaikan Shafeeyyah baju, nak pakaikan kasut, nak sikatkan rambut..
Petang semalam, Ayshah pulang dari sekolah agama.
Dia nampak Shafeeyyah tengah main gelongsor.
Ayshah pun jerit 'Sofia!!! Kakak dah balik sekolah!!'.

Pagi tadi, semasa dalam perjalanan nak hantar Ayshah ke sekolah tadika, Kay terdengar perbualan dia dengan Shafeeyyah...

"Kakak pergi sekolah dulu, nanti balik, kakak main dengan Sofia. Kalau cuti, kakak main dengan Sofia"

Haa..lebih kurang macam tu la...

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...