Friday, March 30, 2018

Jakarta Cafe in Miri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Dah makan tengahari?
Hari ini negeri Sarawak cuti sempena Good Friday.
Makanya kami sekeluarga makan di luar sementelah Kay tutup dapur.
Alhamdulillah Kay berkesempatan untuk mencuba makanan di Jakarta Cafe.
Sedap ke?
Best ke?

Cerita banyak banyak tak best.
So let's emjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

Jakarta Cafe terletak di Jalan Melayu.
Al Kisah, Kay nak cari kedai buku di kawasan sekitar. Pusing punya pusing, Kay terjumoa Jakarta Kafe. Teringat pula ada kawan share di Facebook.
Alhamdulillah, hari Jumaat yang barokah ini berkesempatan untuk mencuba.

Pemandangan di dalam kedainya. Kemas dan teratur.
Kedai nya tidak panas. Anak anak selesa. Kami makan waktu tengahari dan cuaca panas terik.

Yang ini Kay nak kongsikan, siaran pun dari Indonesia. Trans 7.
Itu Sophia Latjuba di kaca TV. Nampak tak?

Mestilah minum Teh Botol. Yang didatangkan khas dari Indonesia.
Botol kecil berharga RM2.

Ni namanya Es Dewet. Berharga RM 4.

Mestilah makan Bakso. Bakso biasa berharga RM 7.

Gado- gado berharga RM 6

Nasi goreng ayam tidak pedas untuk Khadeejah Bella berharga RM5.

Lalapan talapia berharga RM13. 

Ada surau. Tandas nya bersih.
Kalau mahu duduk bersila, boleh ke ruang yang terletak dibelakang kedai.

Ini lah ruang bersila. Cantikkan kan?
Siap ada soket eletrik untuk cas handphone.

Yang ini Kay tertarik dengan tempat untuk mengutip pinggan mangkuk kotor.
Menarik tak?
Setiap pekerja memakai baju seragam.


























No comments:

Post a Comment

Viu subscribe message

Assalamualaikum dan selamat petang. Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. Entry kaki ini Kay nak kongsikan pasal Viu. Kay tahu sikit ...