Tuesday, July 17, 2018

Khadeejah Bella dan pertandingan bercerita Bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Cerita panas ....hahaha...
Kay nak abadikan momen Khadeejah menang tempat pertama
bagi pertandingan bercerita Bahasa Inggeris peringkat kelas.
Macam mana boleh terpilih peringkat kelas?
Sebab guru yang mengajar Bahasa Inggeeis yang syorkan nama Khadeejah.
Ini kali pertama Khadeejah masuk pertandingan bercerita.
Lepas ini, akan ada lagi iaitu pertandingan bercerita Bahasa Melayu.
Buat masa ini , Kay nak ceritakan pengalaman kali pertama ni.

Cerita banyak banyak tak best.
So, le's enjoy some pixx.

Sekian, terima kasih.


Kay orang yang terawal datang ke bilik pertandingan sebab guru BI dah pesan supaya datang tepat pada masanya. Jika lewat, mengganggu perjalanan program. Ada dalam 48 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 5. Guru BI Khadeejah iaitu Miss Ling merupakan emcee untuk majlis ini. Ada 4 orang hakim yang mewakili kelancaran, persembahan, pronunciation dan lagi satu Kay lupa laaa...
Semua peserta dapat hadiah fail tu. Dan top 5 dapat piala.
Agak.mencabar juga Kay datang ke majlis ini dengan Shafeeyyah Bella ( menangis sebelum nak tidur tengahari dan Kay ada keluar sekejap untuk reda kan tangisan  Shafeyya) dan Ayshah Bella (sempat lagi tidur). Nasib baik ada Youtube. Kay bagi mereka layan Youtube sampai nak habis bateri HP. hurmmmm..
Kay ada bawa bekal 2 biji roti hotdog dan sebotol air masak. Habis Khadeejah makan sementara nak tunggu peserta lain bercerita ( Khadeejah dah lepas bercerita..hehee..)

Alhamdulillah Khadeejah dapat tempat pertama dari 8 peserta tahun 1.
Peserta kedua memberikan persaingan yang sengit sebab intonasinya sedap yang membawa tajuk Ugly Duckling. Cuma dia ada terberhenti sebab terlupa skrip.
Al-kisah, Khadeejah boleh bercerita dengan baik tanpa terlupa skrip. Lepas habis baca cerita, Khadeejah menuju ke arah Kay dan menangis.
Mungkin dia gugup. Bila Kay tanya kenapa dia menangis, jawapannya sebab ramai orang tepuk. Dan Khadeejah ada bertanyakan pada Kay, adakah dia telah bercerita dengan baik. Jawapan Kay, sudah tentu dia sudah buat yang terbaik.
Nasib baik dia menangis lepas habis bercerita. kalau menangis masa cerita....HARUUUUUU


Antara faktor yang membantu Khadeejah menang juga ialah propS " The Wind" dan "The Sun"
Props ni buat last minute juga...Kay pening kepala juga macam mana nak buat props.
Perkara pertama yang Kay buat ialah melawat bilik pertandingan.
Makanya Kay ada idea, apa bahan yang sesuai untuk.digunakan.
Kay nampak ada meja, maka sesuai untuk pakai kanvas.
Kebetulan ada kanvas di rumah. Kay cuma beli poster colour dan kaki frame.Itu lah hasilnya.

Props ni Kay nampak, menarik perhatian penonton sebab dalam 48 peserta, hanya Khadeejah yang bawa props. Pada Kay, props ini hanya beri sedikit mata. Yang penting ialah intonasi ..heheh
Bagus juga buat props ni. Khadeejah suka buat dan idea lukisan ini adalah dari dia. Semasa buat lukisan ni, boleh release stress...

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...