Tuesday, August 7, 2018

Khadeejah Bella dan pertandingan mewarna Insurans Great Eastern

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Harap sihat hendaknya.
Entry kali ini Kay nak kongsikan hasil warna Khadeejah.
Cerita banyak-banyak tak best.
So, let's enjoy some pixx!!

Sekian, terima kasih.

p/s: Kay tidak harapkan menang. Cuma nak ambil peluang ini mengajar Khadeejah mewarna dengan kemas. Kalau menang (saguhati), lagi best..hahaha
Sebagai ibu, Kay berpuas hati dapat melakukan aktiviti ini dengan Khadeejah.

Cikgu tak bagi semua murid. Siapa yang nak, minta dengan cikgu.
Bagus juga Khadeejah minta. Dengan membawa (tugasan extra) ni balik rumah, Kay boleh ajar dia cara mewarna. Walaupun Kay tak pandai main denga warna, Kay ajar Khadeejah supaya warna dengan kemas. Kalau nak belajar main warna, kena private class dengan Mak Long Juliana di KL.hehehe

Pertandingan ini sianjurkan oleh syarikat Insurans. Kay bagi idea supaya dia tambah lukisan papan tamda ke tempat-tempat yang dia sudah pergi.
Iaitu kampong halaman Kay lah...iaitu JB,BP,KL dan Ipoh.
Ini la kelebihan bawa anak berjalan-jalan. Sambil berjalan, kita belajar.
Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pengalaman.
Kiranya Khadeejah, Ayshah dan Shafeeyyah biasa berjalan naik 'belon' pulang ke Malaya...
Alhamdulillah...

Yang slogan pula, Kay suruh Khadeejah tulis sikit je sambil minta input dari dia.
Kay tanya Khadeejah, bila kita selalu berjalan? Selalunya hujung tahun yang cuti sebulan. Kay akan suruh Khadeejah buat peperiksaan dengan baik, dan upah bawa mereka ke KL.
Jadi, slogannya ialah untuk merehatkan fikiran (setelah penat belajar) dan melawat tempat-tempat menarik (Angry Bird Indoor Theme Park di JBCC, suka sangat Khadeejah dan Ayshah main tali gayut gayut macam monyet tu)

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...