Thursday, August 30, 2018

Selesai urusan permohonan kerakyatan Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua.
Harap sihat hendaknya.
Miri sudah beberapa hari tidak hujan.

Seperti tajuk diatas, Kay nak kongsikan kelegaan dah dapat kerakyatan Sarawak.
Memang lega sebab kalau tak ada PR setiap 3 bulan kena cop passport. Bukan passport merah yang antarabangsa tu. Passport biru ataupun Dokumen Perjalanan Terhad yang berharga 5 ringgit.

Hari ini 30 Ogos, esok ialah Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 61. Cuti sekolah..
31 Ogos 1957 ialah detik negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan dan bebas dari cengkaman British.
16 September 2018 ialah Hari Malaysia. Jatuh pada hari Ahad. Makanya 17 September , hari Isnin ialah cuti ganti. Cuti lagi...hehehe

Ok, berbalik kepada entry diatas, cerita banyak banyak tak best.
So, let's enjoy some pixx!!

Ti

Sekian, terima kasih.

Kay dapat panggilan telefon petang semalam lepas pukul 2 petang dari pegawai yang menguruskan permohonan Kay iaitu Puan Norahimah. Beliau yang membantu Kay dari awal (dari mengajar cara mengisi borang, sesi temubual ) hingga ke akhir ( sampai dapat sijil PR).
Muka nya serius, tapi bila bercakap suaranya lembut. Heheh..
INFO:
1. Selagi tak dapat PR, orang luar hanya boleh tinggal di Sarawak tak lebih dari 3 bulan. Kalau rakyat Malaysia (Semenanjung dan Sabah), boleh datang ke pejabat Imigresen yang menguruskan pasal Visa dan Permit di Plaza Yu Lan.
2.Kalau nak buat passport antarabangsa ataupun Dokumen Perjalan Terhad ( ataupun dikenali dengan nama Passport Biru) sila pergi ke Imigresen yang terletak di UTC yang bertentangan dengan Plaza Yu Lan.
Jangan risau, ada jambatan yang menghubungkan PLaza Yu Lan dan UTC.
3. Selagi tak dapat PR jika dah buat permohonan dan masih dalam proses (sebab sijil akan di keluarkan dari Kuching, makanya ia mengambil masa), kalau keluar dari Sarawak, perlu datang ke pejabat Imigresen di Yu Lan Plaza untuk hantar salinan fotostat cop keluar masuk di Dokumen Perjalanan Terhad ( Passport Biru).
4. Sukar untuk mendapatkan parkir kerwta di kawasam Yu Lan Plaza. Apa apapun segala urusan Kay dipermudahkan. Dapat parking yang selamat dan jangan lupa letak tiket parking!!
Kalau tak kena saman!!

Inilah rupa UTC di Miri. Sejuk dan selesa untuk melakukan urusan.
Kalau Miri, dia punya lambang atau simbol ialah Kuda Laut.
Kalau Sibu, haiwan nya ialah Angsa.
Kay terus tukar IC sebab kalau berlengah, tak pasti bila nak buat. Dah alang-alang JPN berdekatan, Kay terus la buat. Sebab nak datang ke kawasan ni, susah nak parking kereta.

Ok, Kay ke kaunter pertanyaan. Kemudian di beritahu untuk membuat  1 salinan sijil PR, 1 salinan IC dan 1 salinan Dokumen Perjalanan Terhad. Alhamdulillah ada tempat untuk fotostat yang terletak dalam Mini Mart.
Segala urusan berjalan lancar. Kay dapat IC baharu dalam 15 minit sebab tak ramai orang.
Kena bayar RM10 untuk buat IC baru tau!!
Yeayyyy!!!


No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...