Wednesday, September 19, 2018

Ajar The Bellas Manners

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?
Entry kali ni Kay nak tulis pasal manners.
Budak kecik yang banyak cakap, suka bertanya itu bagus.
Kay suka Khadeejah masuk pertandingan bercerita. Kalau dia ada bakat untuk berdebat, lagi bagus. hehehe
Cuma sebagai ibu bapa,kita mesti ajar apa yang boleh di cakap secara terus atau terang..
Seperti contoh, minggu lepas kami sekeliarga ke swimming pool awam. Ayshah ternamapk nenek tua bangsa Iban mungkin dan telinga nya panjang.
Kemudian ,Ayshah (5 tahun) bertanya kepada Kay DENGAN PERLAHAN mengapa telinga nenek tu panjan.
Kay pun terangkan secara perlahan juga.
Bila sampai rumah, Kay terangkan lagi dengan lebih jelas.
Apa yang Kay nak beritahu di sini, Kay ajar anak anak jika nampak sesuatu pada orang lain YANG TIDAK SAMA DENGAN FIZIKAL KITA, jangan bertanya dengan suara kuat. Hormati perasaan orang tersebut.

Kay selalu bawa mereka berjalan dan pernah terjumpa lelaki yang tiada tangan sebelah di lapangan terbang. The Bellas nampak, Kay bagi signal mata, jangan cakap apa apa. Bila dah jauh atau tempat yang OK, Baru Kay terangkan. Mungkin pakcik tersebut kemalangan dan sebagainya.

Semasa Khadeejah 4 tahun, di dalam Metro ( pengangkutan LRT) di Dubai, ada seorang lelaki OKU. Macam otot kejang. Kay pula.duduk bertentangan dengan lelaki tersebut. Kay duduk dahulu. Di stesen yang seterusnya baru lelaki tersebut naik.
Kay tidak pula berubah tempat duduk. Kay rasa tidak elok buat begitu. Pada Kay masih ok lagi. Kay ambil peluang tersebut untuk ajar Khadeejah, ada macam macam orang di dunia. Dan kita perlu bersyukur dengan nikmat tubuh badan yang sempurna.

Mengapa Kay menulis entry ini ialah, di sekolah Khadeejah (7 tahun), ada seorang bapa yang matanya buta. Jadi, ada rakan sekelas Khadeejah secara terang terangan menyatakan " Mama! tengok hodohnya mata dia!!" di hadapan bapa tersebut.
Adalah tidak elok berbuat demikian. Sebagai ibu bapa, pada Kay kita harus mendidik anak anak kita.

Sekian, terima kasih.

Harap The Bellas menjadi anak anak yang baik budi pekertinya. Ameen.

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...