Monday, October 29, 2018

Ayshah Bella dan pertandingan mewarna 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua.  Harap sihat hendaknya.
Minggu ni minggu ujian.
Tapu hujung minggu yang lali,  sempat juga Kay bawa Ayshah Bella menyertai pertandinagn mewarna.
 Cerita banyak-banyak tak best.
Si,  let's enjoy some pixx.

Sekian,  terima kasih.

pertandingan mewarna sempena Halloween yang dianjurkan oleh supermarket Emart Riam.
Terbuka dari umur 5 tahun hingga 10 tahun.
Ada 10 hadiah saguhati dan 3 hadiah utama.

Tujuan Kay bawa Ayshah adalah untuk pendedahan.  Sebab di rumah,  Kay suruh dia mewarna.  Jadi,  waktu pertandingan adalah masanya untuk buktikan kemampuan. Kay dah pesan,  kalau kalah tidak mengapa sebab orang lain yang meman sebab warnanya cantik dan memang ada ke kelas mewarna.  Alhamdulillah Ayshah faham dan she enjoyed the competition walaupun tak menang.  Sebab yang menang semua tahap dewa.. Pakai oil pastel dan cantik.. Pemenang Yang paling muda ialah 7 tahun dan hadiaj utama dimenangi oleh kanak kanak berusia 9 atau 10 yang sememangnya pandai mewarna dan pergi ke extra class.
Sewaktu mewarna,  Kay nampak Ayshah fokus.  Dia buat sahaja... Sekali sekala berhenti minum air.  Dan bertanyakan orang lain dah siap ke belum.. Sebab dia nampak ada kanak kanak lain dan melompat lompat dan bermain. 

Yang ini pula pertandinga mewarna juga.  Ayshah menang sebab pertandingan ini mengikut kategori umur.
Kiranya untuk 5 tahun,  warna nya kira ok lah. 

Inilah hasil warnanya.  Pada masa ni Ayshah macam kurang rajin.  Sebab banyak bentuk bentuk kecil yang perlu diwarna.  Kay bagi semangat untuk teruskan. Alhamdulillah. Siap juga walaupun masa berbaki beberapa minit sahaja lagi.. 




No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...