Monday, August 10, 2020

Shafeeyyah Bella 4 tahun

 Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.

Apa khabar?

Harap sihat hendaknya.

Di Kedah PKP diadakan semula sebab kes Sivagangga.

Tajuk entri diatas Kay nak kongsikan pencapaian Shafeeyyah di sekolah tadika.

Lepas PKP Dan sekolah ditutup hampir 4 Bulan, Shafeeyyah Naik sekolah pada bulan Ogos. 

Sekolah ada buat pertandingan menulis. Alhamdulillah dia dapat naib Johan.

Cikgu terkejut Juga sebab untuk 4 tahun tulisannya kemas. Ingatkan Ada cikgu yang tolong pegang tangan Shafeeyyah.

Kay Pon terkejut Juga sebab pertandingan ini cikgu tak beritahu. 

Ini adalah berkat Shafeeyyah buat latihan / kerja sekolah yang cikgu beri Masa PKP. Hari Hari Ada kerja sekolah. Hampir hampir pening kepala dibuatnya. Tapi buat Juga la sebab bayar yuran Masa PKP tu. Tapi Ada potongan la sikit.


Shafeeyyah Ni jenis nak tulis sendiri..

Dia Tak mahu Kita pegang tangan dia.

Alhamdulillah..inilah hasilnya...


Cerita banyak-banyak Tak best.


So,let's enjoy the pixx!!


Sekian, terima kasih.




No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...