Tuesday, January 3, 2012

Pencapaian Khadeejah Bella

Salam..
Selamat Pagi..sekarang ni kat Dubai pukul 930 pagi..
Khadeejah Bella tengah tido lepas sarapan pagi dengan Walid dan nenen..
Jadi Kay sempat la update blog..
Kat dapor tu tengah masak daging masak kicap..hehehe.simple je..tengah tunggu daging empuk..
Khadeejah Bella dah 9 bulan..Alhamdulillah..membesar dengan sihat..
Milestone dia sekarang ni dah banyak..cuma Kay tak sempat nak tulis setiap bulan..
Makanya, Kay update sekali harung la..
Erm..sekarang ni kalau Kay nak pi dapor jap (dia tak nampak muka Kay, mulanya dia merengek..)
Kalau Walid pegang dia lama-lama, dia merengek sebab nak Kay dukung dia..
Berdiri sendiri tanpa pegang apa-apa lebih kurang 10 saat..
Pandai bangun dan turun kan badan dengan sendiri..
Sekarang dah pandai main sorang sorang..kekadang tu sambil keluar kan bunyik bunyik..
Yang best nye, sekarang ni, bila Walid ada kat rumah, dia akan tegur-tegur Walid (buat bunyik bunyik..nak ajak Walid main dengan dia la tu...hihihihi)
Kalau pi jalan-jalan, Kay dukung, Walid kat belakang ikut Kay, Khadeejah akan ketawa melekek lekek macam la Walid tu nak kejar dia..adoyaiii...
Pastu, kalau nampak Kay dah tido, Khadeejah akan tido sendiri juga (cumanya kene pastikan la dia dah kenyang dan dan cukup nenen..) Kay kene biasakan dia tido sendiri..tak boleh la asyik nak mengempeng je (bahasa Jawa..maknanya nak kepala nenen kat mulut dia a.k.a nyonyot)..kalau asik nak ngempeng, kembang la nenen dan luka la nenen...
Mainan sekarang ni dia suka jatuh jatuh kan..tapi tak baling baling..
Kalau merayap atas lantai, dia nampak benda benda kecik, dia akan pegi kat benda kecik tu dan dia akan kutip..Kay perhatikan dia buat apa..tapi tak selalunya dia masukkan barang dalam mulut..(apa-apapun, Kay akan pastikan dia tak makan apa-apa..cumanya masa haritu dia ada makan tisu..mulut dia terkulat-kulat..nasib baik dapat keluarkan..)
Khadeejah Bella ni suka main dengan tisu dan kertas.Dia akan carik carik kan tisu dan kertas.
Kalau Khadeejah tengok cerita kartun, dia akan buat bunyik suka..
Khadeejah Bella ni, merangkak bukan macam biasa..dia merangkak macam orang tua mengesot..kelakar gak..huhuh
Kalau bangun tidur, dia tak menangis..Tapi bila mata dia dah bukak, Kay takde kat situ, mula lan dia buat bunyik..Bila Kay ada kat situ, relax je dia main maianan atau tengoh TV cerite kartun yang sentiasa terpasang.
Dia dah pandai cangkung, kemudian pegang meja dan angkat badan dan berdiri..
Selera makan Khadeejah Bella ok..Sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.Kay bagi makan nasi dan sup yang dicampur dengan lobak merah. (Ayam, daging dan ikan salmon diselang selikan)..Minum petang biskut dan roti yang di cicah dengan air atau air susu nenen. Buah buahan juga ada diberi..Bila Kay suap makan, dan Kay lambat nak suapkan lagi, Khadeejah Bella akan buat bunyik macam geram..Kalau dah kenyang, dia akan paling kan muka kalau di suap lagi..Selalunya, masa Kay suap makan, akan dengar bunyik angin keluar. Kay akan berhenti sampai Khadeejah palingkan muka atau bila Kay rasa agak-agak dah banyak dia makan..
Jari jemari Khadeejah Bella ni suka mengorek ngorek..lubang telinga, mata, lobang idong pun dia nak korek..adoyaii...
Itu saje yang dapat Kay capture.

Sambil main itik kuning, sambil tengok TV..Pandai pulak Khadeejah Bella ni, tak kacau DVD PS3 Walid..Good Girl..


P/s: Pak Andak, sila la komen.

Sekian, terima kasih...

3 comments:

  1. kt sne berapa dgree siang dan malam?

    ReplyDelete
  2. siang 24, malam 14..tak tau la akan lagi sejuk ke..heheheh

    ReplyDelete
  3. wah best baca perkembangan deeja..makin membesar ye..clever!!!

    ReplyDelete

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...