Wednesday, February 29, 2012

Cara-cara Menjahit sarung kamera digital

Salam..
Selamat petang..

Kali ni Kay nak tunjukkan cara  jahit sarung kamera digital atau memberi nafas baru memandangkan sarung kamera yang sedia ada dah lusuh.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah kain yang ingin dijadikan pembalut. Material kain ikut cita rasa masing-masing....

Cara-cara untuk menjahit sarung kamera tidak rumit. Kerana asasnya kita hanya membalut sarung kamera yang sedia ada...

Cara-caranya :


1. Rupa asal sarung kamera yang sudah lusuh. Pandangan depan dan belakang.

2. Leraikan jahitan sarung kamera yang asal termasuk logo besi.
3. Letakkan salah satu bahagian sarung kamera yang telah dileraikan ke atas kain yang ingin dijadikan sarung baru. Dengan menjahit sendiri, dapat memberi kepuasan kepada pemilik untuk memilih corak dan jenis fabrik. Selain itu, sarung kamera akan nampak, lain daripada yang lain!
4. Mulakan proses menjahit.
5. Guntingkan lebihan jahitan untuk kekemasan.
6. Boleh mulakan menjahit bahagian sarung kamera yang lain.
7. Bahagian-bahagian sarung kamera yang telah siap dijahit. Mulakan proses penyantuman bahagian-bahagian tersebut.

8. Sarung kamera yang telah siap disambung. Tinggal nak pasang logo besi kamera.

9. Pandangan belakang sarung kamera yang sudah siap.
10. Sarung kamera yang telah siap sepenuhnya. Letakkan semula logo besi.

Sekian..

No comments:

Post a Comment

Shafeeyyah Bella dan berjalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari in Kay nak abadikan perkembangan terbaharu Shafeeyyah Bella yang kini berusia 1 tahun 3 bulan. D...