Wednesday, February 29, 2012

Cara mudah menjahit sarung kusyen

Salam..
Selamat petang..
Memandangkan kusyen yang dibeli ini tidak mempunyai sarung, jadi terpaksalah jahit sendiri sarungnya.
Mudah saja untuk membuat sarung kusyen ini. Tidak perlu zip...

Bahan-bahan:
  1. Kain. Seelok eloknya kain kapas (cotton).

Cara-cara:
  • Ambil ukuran panjang dan lebar kusyen. Untuk contoh ini, ukuran kusyen adalan 29 inci X 29 inci.

29 x 29 inci

  • Lebihkan 2 inci (panjang dan lebar) untuk potongan kain yang pertama. Dan lebihkan 2 inci untuk lebar dan lebihkan 4 inci untuk panjang bagi kain kedua. Ini kerana kain kedua akan di potong 2 dan dijahitkan bertindih.


Memandangkan ini adalah kain poliester, maka untuk memudahkan kerja, hanya bakar tepian yang berbulu. Jika kain kapas (cotton) perlulah dijahit tepi untuk elakkan dari kain berbulu. Jika ada mesin jahit tepi, maka boleh la dijahit tepian kain tersebut..Tapi, jika tiada mesin jahit tepi, maka, boleh la tukar tapak mesin jahit. Tapak boleh didapati di kedai yang menjual alat jahitan.
Ukuran diambil dan kain digosok untuk mendapatkan tanda. Kemudian gunting kain.

Ini adalah contoh kain yang telah diukur dan digunting. Kain potongan yang pertama (lebih 2 inci untuk panjang dan lebar) lebih pendek dari potongan kain kedua (lebih 2 inci untuk lebar dan 4 inci untuk panjang).

  • Jahitkan potongan kain pertama dan potongan kain kedua. Pastikan muka kain yang bercorak menghadap antara satu sama lain.



Potongan kain kedua dipotong sama kepada 2 bahagian

Kedua-dua potongan kain dijahitkan kepada potongan kain pertama secara bertindih

Pandangan belakang sarung kusyen yang telah siap dijahit (bertindih)

Pandangan depan sarung kusyen yang telah siap dijahit.


Selamat mencuba!!!!

No comments:

Post a Comment