Tuesday, March 27, 2012

Resipi Rendang Ayam

Salam..
Selamat petang..Sekarang pukul 3:02 petang..
Khadeejah Bella dah makan tengahari dan sedang bermain-main exploring things around her..Jap lagi Kay akan bagi nenen..
Dalam pukul 1 tengahari tadi, masa Khadeejah bella tido, Kay sempat la bersilat di dapor..
Memandangkan semalam Mak Su dan Opah makan rendang dan membuatkan air liur Kay meleleh, makanya Kay pun masaklah Rendang Ayam untuk makan malam nanti..
Nasib baik kerisik dan rempah Rendang Chap Adabi ada dalam simpanan..Haa..memang jadi la plan nak membuatnyer..
Ok..we go straight to the point..Heheheh..

Bahan-bahan:
  1. Ayam
  2. Rempah Rendang
  3. Bawang Merah, Bawang Putih, Halia,Serai dan Lengkuas (dikisar kesemua bahan-bahan tersebut)
  4. Kerisik
  5. Daun Kunyit dihiris halus
  6. Daun Limau Purut dibuang batang @ urat tengahnya (kalau tak buang, itu yang menyebabkan pahit)
  7. Santan
  8. Minyak
  9. Asam Jawa
  10. Garam secukup rasa
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan rempah rendang. Kacau sehingga pecah minyak. Pastikan bahan-bahan tadi masak sepenuhnya..(Tak mentah la kiranya..)...
  3. Kemudian, masukkan santan, kerisik, dan ayam.
  4. Masukkan asam jawa.
  5. Masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
  6. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan sehingga kering atau menjadi pekat.
 Sekian..

Inilah hasilnya..Kay tak biarkan sampai pekat sebab Lau Kong suka makan masakan yang berkuah..Hurm, lepas tu..ada kekurangan sikit pada resipi ni..iaitu tiada daun kunyit..Kay belum jumpe lagi di Dubai ni..Tapi, so far, ada la rasa rendang nye..hehheh..

No comments:

Post a Comment

Ayshah dah sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ini Kay nak kongsikan pasal kerenah Ayshah Bella bila hendak ke sekolah waktu pagi. Untuk ...