Wednesday, May 2, 2012

1 Tahun 1 Bulan 1 Minggu

Salam..
Selamat Petang..
Khadeejah tengah main dengan Mak Su..
Jadi Kay dapat la hapdet sikit pasal perkembangan terbaru Khadeejah..
Haa..sekarang ni gigi ke-5 dan ke-6 bakal tumbuh..
Ummi tak perasan..Opah yang perasan..
Tadi masa Kay suapkan Khadeejah makan buah pear, dia gigit jari Kay sebab Kay suap lambat..Haish..
Buah pear tu sejuk dan lembut, makanya, sedap la..
Haa..selain dari gigi baru nak tumbuh, sekarang ni Khadeejah dah agak steady berjalan..
Cuma bila nak turun atau naik dari lantai yang berbeza ketinggian, dia akan turun dan merangkak..
Lagi satu, Khadeejah ni dah semakin pandai meniru aksi aksi yang dilakukan..Contohnya, kalau Opah ketuk pintu, dia pun akan ketuk pintu..
Kalau Opah lunjur kaki, Khadeejah pun nak lunjur kaki..
Kalau Opah angkat tangan, dia pun angkat tangan..haish..Kay kena hati-hati..tak boleh buat perkara yang tak baik atau pun cakap perkataan yang tak elok....
Itu saje perkembangan yang dapat Kay kongsikan..

Sekian..

No comments:

Post a Comment

Shafeeyyah Bella dan berjalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari in Kay nak abadikan perkembangan terbaharu Shafeeyyah Bella yang kini berusia 1 tahun 3 bulan. D...