Sunday, June 3, 2012

Diba Musandam

Salam..
Selamat petang..sekarang ni pukul 7.27 petang..
Walid tengah layan Khadeejah jadik Kay boleh la hapdet belog jap..
Haa..hari ni hari yang sungguh jauh perjalanan nya...
Jauh perjalanan,luas pandangan..(Kay berperibaasa sket..kuikuikui..)
Kami berjalanan menuju ke sempadan Oman, dengan tujuan utama ialah untuk dapatkan cop pada passport Atok dan nenek..
Sebabnya, untuk pelawat yang datang ke Dubai, mereka hanya dibenarkan untuk berada di Dubai selama 30 hari...Atok dan Nenek stay kat DUbai 1 bulan 2 minggu..itu yang kene keluar sekejap dari UAE untuk dapatkan cop..
Tapi sebenarnya, boleh je nak extend dengan cara kita bayar di UAE ni..tapi nya mahal (Kay pernah buat,harga untuk seorang 700 dirham)
Haa...kalau kita keluar gi sempadan, ok juga..boleh la jenjalan sekali...
Perjalanan kami bermula pukul 8.30 pagi di mana driver sampai..Naik kereta Toyota Previa..
Kami pun menuju ke Diba (Diba masih dalam Arab Emirates)..Sila tengok peta dibawah untuk lebih jelas...


Jika anda nampak, point A yang warna hijau tu lah Diba..Point yang B tu ialah Musandam (dah masuk Oman..) Itu dah masuk Oman, tapi ibu negara Oman ialah Muskat yang terletak di bawah..Cer tengok peta tu..
 Haa..nak dijadikan cerita, bila dah sampai Diba, kami ke pintu masuk sempadan Oman yang pertama (nak masuk Musandam naik kereta la, lalu jalan darat), tapi tak dibenarkan masuk tanpa permission..Dah...bila pulak nak masuk Oman kena ada permission pulak? Sebelum ni, Kay ada tanya kawan, dia kata Ok je masuk Oman..
Lepas tu, kami ke pintu masuk yang lagi satu, kali ni boleh masuk pulak..tapi yang prob nya ialah untuk ke Musandam, kami kena naik bot sila tengok gambar..(kiranya ni entrance nak pi Musandam, tapi guna jalan laut..)

Tu bot ke kapal? Ada 2 tingkat..masa ni pukul 1130pagi..Ramai jugak Kay tengok dari jauh..Memandangkan nenek mabuk dan bawa Khadeejah, jadi kami tak jadi nak pi Musandam..
Alhamdulillah..segalanya dipermudahkan apabila driver kami yang bernama Suleman, warga Pakistan memberitahu yang kami boleh ke sempadan Oman di entrance yang lain, iaitu Hatta..Sila rujuk gambar yang pertama..

Akhirnya, kami dapat mencapai tujuan utama kami untuk mendapatkan cop passport Atok dan Nenek..
Sila tengok gambar-gambar dibawah dan keterangan lanjut..heheheh..

Enjoice!!!

Driver datang tepat pada waktu yang dijanjikan..Kami bawak makanan siap-siap..Karipap, kek dan buah-buahan..

On the way to Dibba..

Banyak pulak lori kat jalan bertentangan...Jaln nak ke Dibba ok..tak banyak kereta..

Haa..kedai jual karpet kat tepi jalan..Yang kedai warna hijau tu jual pokok bunga..Kami tak singgah sebab tujuan utama nak dapatkan cop dulu..lepas dah dapat cop baru la kami bulih ronggeng..hehehhe

Ada jual tembikat dan periuk belanga..Kay memang nak try tengok jugak..nak la compare harga nya..murah ke idak..tapi masa tak mengizinkan..tapi takpe..Tunggu Lau Kong dah dapat lesen dan ada kereta, kami akan jelajah satu UAE..heheheh

Pemandangan Gunung Masafi..Gunung yang berbatu okay...

Lagi pemandangan Gunung Masafi

Haa..disebabkan sumber utama dah ada depan mata, apa lagi..ada la pulak kilang simen...
Inilah pantai yang membiru..Ni kami dah masuk Oman sikit nih..Cumanya kami tak naik bot untuk ke Musandam..Kami round-round kejap lepas tu keluar untuk ke Hatta..(Sempadan Oman yang lagik satu tu...)..Haish..Kami tak sempat nak turun dari kereta dan bergambar sebab kesuntukan masa dan juga panas giler..Tak silap suhu 42 C


Kay nak berehat dulu..Esok akan sambung cerita ok..hehehhe

6 comments:

  1. Musandam Dibba is a very nice presentation of culture, beauty adventure your pictures have me really excited about the trip

    ReplyDelete
  2. Musandam Dibba is the perfect place for the visiting. There are huge number of tourists come here by attracting this beauty of nature.I have discovered your blog today and I love it.

    ReplyDelete
  3. it is very nice share lovely good to read your blog kindly share some information about Desert Safari Dubai so we will know what fun we can try in dubai desert safari

    ReplyDelete
  4. it is very nice share lovely good to read your blog kindly share some information about Desert Safari Dubai so we will know what fun we can try in dubai desert safari

    ReplyDelete
  5. This is my hobby that i visit blogs and try to put my feed back about blog but i hardly saw blogs regarding dhow cruise dubai and dubai dhow cruise so i request to the admin that share some blogs post about desert safari and dhow cruise in dubai as well

    ReplyDelete
  6. For the great sea experience you can visit yacht charter dubai at affordable rates

    ReplyDelete

Ayshah dah sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ini Kay nak kongsikan pasal kerenah Ayshah Bella bila hendak ke sekolah waktu pagi. Untuk ...