Tuesday, May 29, 2012

Khadeejah Bella 1 tahun 2 bulan

Salam..
Selamat tengahari..
Sekarang pukul 12.22 tengahari..
Jap lagi akan masuk waktu Zohor..
Khadeejah dah makan tengahari nasi+ sup brokoli + ikan salmon..
Ok..Kay nak hapdet pasal Khadeejah yang sudah masuk 1 tahun 2 bulan..
HUrmm..Khadeejah is doing great here in Dubai with Atok and Nenek...
Walaupon Khadeejah tak berapa nak sangat dengan Atok dan Nenek..
Mungkin masih lagi ada separation anxiety..Kalau Kay ke dapur atau solat, Kay tak akan tutup pintu sebab Khadeejah akan cari Kay..Kalau di tutup pintu, dia akan merengek la..tapi tak nangis..
Haa..lepaih tu, Khadeejah punya la pandai..satu hari Kay solat and tutup pintu dan bagi Walid jaga Khadeejah..
Khadeejah boleh tarik tangan walid dan tunjuk kat pintu..(mungkin dia nak minta Walid bukak kan pintu kot..haish..)
Lepas tu, Khadeejah ni dah pandai main politik..Kalau dia nak sesuatu, dia akan datang dekat seseorang..( contohnya, Khadeejah takla sangat nak cium Nenek or datang kat Nenek, tapi bila ada sesuatu, dia akan datang kat Nenek..contohnya kalau Nenek tengah bukak ubat, kan ada bunyik-bunyik plastik ubat tu..Khadeejah cepat je datang kat Nenek..dia nak main dengan plastik ubat tu...adoiii...)
So far, Khadeejah tak demam lagik..cuma kali pertama Khadeejah demam pada usia dia 11 bulan..
Sekarang Khadeejah makan ok..Selera macam biasa..
Bermain pun aktif..Kalau Kay duduk bersila kat atas lantai, Khadeejah akan buat pusingan mengelilingi Kay..Macam bertawaf pun ada jugak..Sampaikan Kay yang nengok dia pun, Kay pening kepala...heheheh
Haa..gigi ke 5 dan ke 6 bakal tumbuh..kedua-duanya bahagian atas..
Ape lagik eh..haa..Khadeejah dah semakin faham dengar arahan..Kalau sekali Kay kata tak boleh (contohnya masa mandi kat dalam bilik mandi, Khadeejah nak pegang mangkuk tandas tu..Kay akan cakap no, dia tak kan sentuh..bila next time mandi, Khadeejah tak kan pegang mangkuk tandas tu..hehehhe)
Khadeejah dah semakin teguh berjalan...Haa..sekarang ni nak belajar-belajar berjingkit..Atok kata nanti lepas ni Khadeejah nak melompat pulak..
Haa..kay ada panjat kerusi untuk simpan baju kat dalam almari..Khadeejah nampak..Dia pun nak memanjat jugak..
Sekarang ni Khadeejah suka berdiri atas kerusi..So Kay kena berhati-hati..
Khadeejah juga dah pandai turun dari katil sendiri..Mabrukk!!!
Haa..Khadeejah jugak nak nak minum air pakai gelas atau cawan..
Tapi Kay tak bagi dia Khadeejah minum air dalam gelas sebab Khadeejah biasa minum air dalam bekas berstraw..Kay bagi Khadeejah hirup sup dalam mangkuk..hehehe..Kira ok la..Khadeejah belajar menghirup la..Haa..kadang-kadang Khadeejah main -main juga masa hirup sup tu..sengaja dia tak telan..di biarkan sup tu meleleh..adoii..
Bila tengok kartun, Khadeejah akan goyang ke kiri dan ke kanan..(kiranya menari la..)
Lepas lagu dah habis, Khadeejah tepuk tangan..(Kay tak ajar pun bila habis lagu kena tepuk tangan..Dia belajar sendiri..)
Masa mandi, Kay akan nyanyi lagu ABC dan lagu Twinkle Twinkle Little Star..Lepas ni Kay nak nyanyi Alif Ba Ta pulak..nanti senang nak ajar ngaji..Balik kampung, Opah akan buat test pulak kat Khadeejah Bella..heheheh..
Ha..bila Kay solat, Khadeejah tak kacau..dia pandai duduk diam ataupun dia akan carik barang untuk main..Kacau sikit-sikit tu ada la..tapi tak mengganggu urusan Kay bersolat..
Memandangkan sekarang ni bulan Rejab, Kay baca Quran  (plan nak baca Quran sampai Ramadhan la...)..Khadeejah tak de pulak kacau Kay mengaji..cuma kena pastikan dia ada mainan la di tangan...

Hurm..So far, itu je yang Kay dapat recap..

Sekian..

1 comment:

  1. ubt2 tu jga, jgn die termkn pulak, bnyk accidentally case berlaku, detergen ke ape bnde chemical ke, simpan elok,makin besar makin gatal2 tgn die , jd pesanan ini utk mngelakkn ape2 yg xelok terjadi, sbb aku ade tgk budak kecik(10 bulan) je lg msuk ICU. sbb accidentally mkn potash(pottasium chloride),kaalau chemical2 tu simpan dlm botol original nye, jgn mcm clorox kau ltk dlm botol mineral water, nnt silap tgk, terminum, mampos,
    jadi, take note la sket2, nnt ape2 aku bgtau lg ok,

    ReplyDelete

Salam Maal Hijrah 1439

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam. Jatuh juga hari pertama dalam kalender Hi...