Wednesday, July 11, 2012

Babyshop Playground

Salam..
Selamat petang..
Haa..Khadeejah tengah tido jap..Nanti dah bangun, nak mandikan dan suap makan ..
Semalam ka Kay pergi ke MOE..
Sementara nak tunggu Lau Kong balik, Kay bawa la Khadeejah main di playground Babyshop yang terletak dalam Centerpoint di Ground Level..
Pada mulanya, Kay tak berapa nak bagi Khadeejah main di playground..Lau Kong kata tak bagus bagi budak-budak main main dengan kawan..Biar Khadeejah main sendiri, duduk diam-diam kat rumah..
memang selama ni pun Khadeejah duduk tengok TV dan ikut Kay ke mana-mana kat rumah..Kalau Kay ke dapur, dia ikut, ke bilik pun Khadeejah ikut..
Jadi, semalam, bila Kay bagi Khadeejah peluang main di playground, Kay memang nampak Khadeejah tak biasa main dengan orang..
Jadi Khadeejah ambil bola dan main sendiri..Kay perhatikan sambil ambil video ..
Kay nampak Khadeejah memang sangat gembira.. sebab ada ramai budak-budak bermain..(but at the same time, Kay risau sebab budak-budak berlari-lari dan baling bola ke dinding..takut la terpijak atau terlanggar Khadeejah..)

Kat dalam playground tu ada playset..(ada gelongsor dan tempat panjat-panjat..) Khadeejah main bola dalam satu ruang di bawah gelongsor. (Hurm..tetiba Kay teringat, Khadeejah suka main bawah meja..hehehe)

Lama juga Kay bagi Khadeejah main di playground..30 minit rasanya..Nasib baik ada playground sebab Kay boleh bagi Khadeejah bermain-main sampai penat..Lagipun sekarang ni Khadeejah dah sampai WHINING STAGE..kalau dia tak suka, dia akan lentikkan badan atau menjerit atau menangis minta perhatian...Jadi, sekarang ni Kay memang agak sukar nak berjalan melainkan ada Lau Kong sebab Kay stress kalau Khadeejah menangis..boleh hilang mood bershopping..hehehe..Tapi bagus juga kalau Kay tak berjalan..jimat duit..Heheheh..

Sepanjang berada dalam playground tu..ada 2 insiden yang buatkan Kay berfikir kali kedua untuk bawa Khadeejah semula ke playground tersebut..

  1. ada budah 4 tahun (orang Arab) jatuh dari gelongsor yang tinggi sebab ada budak berebut dan tolak dia jatuh..Haish..kuat juga Kay dengar bunyi macam buah kelapa jatuh..Tapi budak tu ok..Cuma menangis tersedu-sedan la..
  2. Yang kedua, ada budak perempuan India kene gigit dengan budak lelaki..Budak lelaki tu memang suka kacau orang..Bola ditangan Khadeejah pun dirampasnya.. Lepas tu sengaja dia pusing-pusing kan badan dan tangan dekat Khadeejah, kalau tertepis, tak ke menangis? Tapi Kay nampak budak tu lain macam, Kay cepat-cepat alihkan Khadeejah ke tempat yang selamat.
Kesimpulan dari pengalaman semalam, Kay tak kan bawa Khadeejah main di playground atau mana-mana..biar duduk kat rumah main dengan Ummi dan Walid..

Lau Kong pun kata, salah kita la sebab bawa anak-anak ke tempat macam tu..Tak bagus pun main-main..Baik duduk rumah tolong Ummi lipat baju..kuikuikuik

Tetiba Kay risau kalau masuk sekolah tadika, Khadeejah kene pukul etc atau pengaruh kawan sebaya....Haa..Homeschooling la jawab nye..heheheeh

Sekian..

2 comments:

  1. kalu Deeja tak reti kawan dgn budak lain.... bg dier main2 sendiri dulu... da beso ckit, br bg dier tgk mcm mane bebudak main... br deeja dpt adapt the environment...

    ReplyDelete
  2. xde nye mcm tu, sbb umur die x cecah 2 tahun pn lg, tgk la nnt bile die dh bole bercakap, dh bole macam2 lgi, lain bukan mcm skng ni..

    ReplyDelete

Khadeejah Bella dan sekolah agama

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Entry kali ini Kay nak kongsikan perkembangan pelajaran Khadeejah Bella. Alhamdulillah Ustazah berita...