Saturday, August 4, 2012

Khadeejah Bella 1 tahun 4 bulan

Salam..
Selamat petang..
Entry kali ni Kay nak berkongsi pasal perkembangan Khadeejah..
Sekarang ni Kay dan Khadeejah berada di kampung..
Kay rasa agak lega sebab bila berada di kampung ni, Khadeejah rasa lebih bebas sebab boleh berjalan-jalan tak kira la waktu pagi atau petang di kawasan sekitar rumah Opah..
Kalau tak, di Dubai, duduk dalam rumah tengok karton atau pon berjalan di shopping mall memandangkan kami tinggal di apartment, jadi pergerakan agak terbatas..Ditambah lagi kami duduk di dalam air-cond 24 jam..
Bila berada di kampung, makanya banyak la aktiviti yang boleh Khadeejah Bella buat..
Ditambah lagi dengan kehadiran Atok dan Opah yang boleh melayan..Dan juga kucing kesayangan Mak Su..
Haa..Khadeejah ni dia tak takut kucing..Bila kucing tu makan, Khadeejah akan cuit telinga, atau hidung atau badan..lepas cuit, dia akan ketawa macam puas hati la dapat pegang kucing tu..
Kucing tu pulak tak melawan..Relax je..Kay takut jugak kalau kucing tu tiba-tiba nak cakar Khadeejah..So far, kucing tu ok..
Khadeejah sekarang ni dah semakin stabil berjalan..berjalan dengan laju pun ok juga..
Ada satu petang tu, Kay bawa Khadeejah berjalan-jalan disekitar kawasan rumah, Khadeejah nak kejar kucing tu, bila tiba dikawasan yang agak cerun, Kay risau juga kalau Khadeejah jatuh..Tapi Alhamdulillah, Khadeejah pandai seimbangkan diri bila berdiri di cerun..Dia turun perlahan-lahan..
Selain daripada tu, Khadeejah dah pandai bila Kay tunjukkan pipi Kay, dia akan kiss..Begitu juga kalau Atok dan Opah tunjukkan pipi, Khadeejah akan datang dan cium mereka..
Bila Kay nampak Khadeejah dah pandai bila Kay tunjukkan pipi, Kay upgrade dengan cakap kiss supaya Khadeejah cium Kay..
Surprisingly, Khadeejah faham!! Bila Opah cakap "cium Opah", Khadeejah pun cium Opah..tapi ada juga la Khadeejah timing..dia tak mahu cium juga...Tapi kalau Kay, Khadeejah mesti cium, sebab kalau tak cium, tak dapat upah nenen..hehhehe
Lagi satu, Khadeejah dah pandai tarik tangan Opah atau Atok untuk bawa dia pergi tengok kucing di tepi pintu.
Ada satu malam tu, Khadeejah tarik tangan Tok Bak ke hulu ke hilir..saje jalan-jalan dalam rumah..
So far, Khadeejah poo poo ok..tak keras..Selera makan ada naik turun sikit tapi Kay tak bimbang sebab Khadeejah masih susu badan..
Walaupun Walid berada di Dubai, Khadeejah masih under control..Dia tak ada la pulak nangis malam-malam mencari Walid..
Lagi satu, Khadeejah sudah mula nak melompat..tapi belum melompat lagi..tapi niat melompat tu Kay dah nampak..
Kalau mandi, KHadeejah tak nangis dan dia dah faham kalau Opah cakap "dah sudah atau siap"..
Berbalik pada kucing tadi, bila Khadeejah bunyi kucing di luar rumah sebalik pintu, Khadeejah dengan secara automatik akan meluru ke arah pintu..Lepas tu, lidah Khadeejah akan terjelir-jelir sebabnya, Khadeejah nak try buat bunyi macam kita nak panggil kucing datang makan..hehehe
Selain dari tu, Khadeejah akan tiru cara Kay junjung Al-Quran..Bukan ape, sekarang kan bulan Ramadhon..Jadi nya Kay bertadarrus dengan Opah, setiap kali Kay baca Qur'an, Khadeejah tak kacau, dia akan duduk di sebelah..Jadi, bila Kay habis baca Qur'an, Kay akan junjung Qur'an..Tu yang Khadeejah tiru tu..Ada satu masa tu, Kay nampak dia junjung buku kecik.
Mulut Khadeejah ni dah macam bertih jagung..berbunyi-bunyi, terkumat-kamit..Tapi Kay tak faham apa cakapnya..Mak Lon kata Khadeejah cakap France..Kellas ko Jah!!
Yang buatkan hati Opah terhibur ialah bila tengok Khadeejah jalan sambil menghayun kan kedua -dua belah tangan sambil menyanyi..


Ps: Bila balik kampung ni, Kay pun rasa best sebab Khadeejah Bella boleh tengok kucing dan burung berterbangan (bukan ape, kat Dubai tu, burung jarang sekali nak nampak dari tingkap rumah..)..
Semalam ada rama-rama pulak masuk rumah, apa lagi terdongak-dongak kepala Khadeejah nak tengok rama-rama tu..(sape pulak nak datang rumah Opah ni??)



Sekian.

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...