Saturday, August 4, 2012

Undi adalah RAHSIA

Salam..
Selamat pagi..
Sekarang ni pukul 11 pagi..
Khadeejah tengah tidur kejap..nanti dah bangun nak bagi makan tengahari..
Berkaitan dengan tajuk diatas, semalam pada waktu petang mungkin dalam pukul 430 petang, Kay menerima panggilan telefon rumah dari seseorang yang berada di Selangor. Dia menjalankan bancian untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Pada mulanya dia bertanyakan sama ada Kay nak buat bancian ni atau tidak..Kay macam teragak-agak..
Tapi akhirnya Kay setuju juga la..
Antara soalan yang ditanya ialah (yang Kay ingat-ingat lupa la..hehehe)
  1. Adakah sudah mendaftar untuk mengundi?
  2. Umur berapa
  3. Sudah mempunyai anak atau tidak
  4. Jika sudah mempunyai anak, apa pendapat anda tentang masa depan anak-anak di Malaysia (Sangat yakin, Yakin, tak yakin, sangat tidak yakin..pilih la...)
  5. Apakah isu yang membeban anda sekarang ini? (Pendapatan yang kurang, jenayah dan lagi satu Kay lupa..)
  6. Apa pendapat anda tentang pemerintahan Perdana Menteri sekarang?
  7. Apa pendapat anda tentang ketua pembangkang parti PKR sekarang?
  8. Pada pendapat anda, siapakah yang akan menang pada PRU 13 atau pun soalan nya bertanyakan siapakan yang KAy akan undi pada PRU 13 ? (BN @ PKR @ DAP @ PAS)..untuk soalan ini, Kay jawab..UNDI ADALAH RAHSIA..hehehhe..apasal pulak nak bagi tahu kan??
  9. Apa pendapat anda tentang Menteri Besar Johor sekarang?

Haa..itu sahaja la yang Kay dapat ingat..Memang sekarang ni sedang sibuk parti-parti membuat persiapan bagi menghadapai PRU 13..

Sekian...

No comments:

Post a Comment

Happy 40th birthday husband!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat sihat sahaja.. Entry kali ini Kay nak abadikan serba sedikit sambutan ...