Friday, September 14, 2012

Al Karama Market Dubai

Salam dan selamat petang..
Entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman pertama ke pasar basah di Dubai ni..
Pasar basah ni terletak di Karama..
Ni kali pertama Kay ke pasar basah sebab Lau Kong dah dapat lesen dan mudah untuk datang ke Karama Market ni..
Kalau tak kena naik teksi..
Enjoy the pics!!
Inilah pintu gerbang nak masuk ke Al Karama Market

Depan pintu gerbang ni ada orang jual suratkhabar dan majalah

Nama je pasar basah..pada mulanya Lau Kong ingat macam pasar basah di Malaysia..
Rupa-rupanya sangat teratur dan bersih..
Di sebelah kiri, ialah deretan-dertean gerai sayur-sayuran dan buah-buahan..
Bila menjejak kan kaki ke dalam Karama Market ni, penjual ikan di gerai yang pertama menarik kami untuk membeli ikan di gerainya..
Penjual tu berbangsa India, tetapi dia cakap "ada udang.. ada ikan"..wah..pandai cakap Melayu!!!
Tetapi Lau Kong tak beli kat gerai tu..mungkin lain kali kami akan beli kat gerai tu...

Di sebelah kanan ialah dertan gerai yang menjual ikan, daging dan ayam..
Semuanya di dalam cermin kaca..pembeli berdiri di luar..

Kawasan di tengah tengah Al Karama Market yang luas..

Kedai jual daging kambing, lembu dan sebagainya.. 

Hasil tangkapan kami..Ikan merah, ikan salmon dan udang..
Yang seronoknya membeli ikan disini ialah penjual boleh lebih kurang dengan pembeli..
Kalau berat ikan 3.2 kilo, dia kira 3 kilo sahaja...

Sekian..

1 comment:

  1. Dubai Desert Safari is one of the best place to enjoy your time with friend and family

    ReplyDelete

Boleh kah laminate surat beranak atau sijil lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Kay baru pulang dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ada persoalan berkaitan MyK...