Friday, September 14, 2012

Mazaya Centre Dubai

Salam dan selamat petang..
Entry kali ni Kay nak kongsikan salah satu tempat membeli belah di tengah tengah Dubai..
Namanya ialah Mazaya Centre.. Maksud Mazaya dalam Bahasa Arab ialah "unik" atau special..
Hurm..Ni kali pertama Kay datang ke Mazaya sebab nak pergi ke Mazaya, kena naik kereta atau teksi..Tak seperti Mall Of Emirates, boleh datang dengan Metro (LRT) mudah dan murah.
Dibuka pada tahun 2000, terletak di Sheikh Zayed Road.
Tingkat Mezzanine dan Ground Floor ialah kedai kedai seperti Home r Us, Spinneys, Pier, etc. 4 restaurants dan coffee shops.
3 tingkat diatas terdiri dari 132 luxury residential apartments (ada 1,2 dan 3 bilik) dan 48 pejabat.
Terdapat juga kemudahan gym, sauna, kolam renang, parking dan 24 hrs security..

Enjoy the pics!!

Kay berjalan di waktu malam hujung minggu..heheheh

Pemandangan di tengah tengah Mazaya Centre.
Tulisan berwarna biru yang tertulis "Mazaya" dalam bahasa arab.

Yang Kay perasan, decoration kat Mazaya ni macam fun fair. Nak masuk ke Mazaya tu ada patung clown..Kat tempat parking kereta pun tergantung kepala clown...nampak tak kat atas tu??

Sebelum Kay tulis pasal entry ni, Kay pun tak tahu yang Mazaya Centre ni ada tempat kediaman..
Itu pasal la Kay amik gambar balcony kat atas tu..memang betul la tu rumah ..hehehhe

Ni tempat jual barangan silver dan minyak attar..
Kalau kat Dubai ni, memang banyak je orang jual minyak attar..botol kecik 15 dirham..botol sederhana 20 dirham..

Tujuan Kay datang ke Mazaya ialah sebab nak beli barang dapur kat Carrefour Market..hehehehhe

Lagi gambar Mazaya Centre..
Sekian...

No comments:

Post a Comment

Shafeeyyah Bella dan berjalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari in Kay nak abadikan perkembangan terbaharu Shafeeyyah Bella yang kini berusia 1 tahun 3 bulan. D...