Friday, September 14, 2012

Cash Converters Dubai

Salam dan Selamat Petang..
Entry kali ni Kay nak kongsikan pasal tempat menjual barangan second hand di Dubai..
Nama kedainya ialah Cash Converters..
Cash Converters ni ada beberapa cawangan di seluruh dunia (termasuk di Malaysia)..
Sedikit info, bermula sejak 1984 di Australia..
Kay saje je buat lawatan rasmi ke sini untuk mencari ceramic cooker dan juga barangan lain..
Kay dapat tahu pasal Cash Converters ni dari suratkhabar Xpress (yang hanya keluar setiap hari Khamis sahaja..)
Untuk pengetahuan, Cash Converters cawangan Dubai ni baru je mula beroperasi..
Kay ada berminat dengan satu coffee table berharga 300 dirham. Tapi tak kesampaian untuk membelinya sebab untuk penghantaran, perlu membayar charge tambahan iaitu  small (150 dirham), medium 250 dirham dan large 350 dirham (bergantung kepada saiz barang yang dibeli).
Jika kita berminat dengan sesuatu barang, kita boleh secure barang tu dengan membayar 20% dari harga barang tersebut.
Dengan membayar 20% tu, penjual akan simpan barang tersebut sehingga la kita datang semula untuk membelinya.

Sekian.
Kay datang ke sini naik Metro, turun di stesen Noor Islamic Bank..Kena jalan sikit la..
Kedai ni ada 2 tingkat. Barangan yang Kay nampak ditingkat bawah  antaranya Dish Washer, Cooker, Sofa Set, coffee table, paintings, lampu, Bed Side Table. Di tingkat atas, kebanyakan nya ialah elektronik seperti TV, stereo set, kamera digital. da juga branded watches dan pen.
Walaupun kedai ni menjual barangan second hand, tapi setiap pembelian akan disertakan dengan warranty selama 6 bulan. Bukan sahaja barangan second hand yang ada dijual disini, tetapi juga barangan first hand. Tapi tak banyak la..


Sekian.

No comments:

Post a Comment

Khadeejah Bella dan sekolah agama

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Entry kali ini Kay nak kongsikan perkembangan pelajaran Khadeejah Bella. Alhamdulillah Ustazah berita...