Monday, September 3, 2012

Gas Cylinder in Dubai

Salam dan selamat malam..
Entry kali ni Kay nak share sikit pasal tong gas..Walaupun tajuk nya tak menarik..hehehe
Kay baru berpindah ke rumah baru yang terletak di kawasan Sheukh Zayed Road.
Sheikh Zayed Road ni terkenal dengan panggilan, The Heart of The City..Kenapa begitu? Nanti Kay cerita di entry akan datang..
Haa.. sebelum ni di rumah lama yang terletak di area Al Barsha, Kay guna tong gas untuk memasak. Ingat bila masuk rumah baru, boleh pakai tong gas juga..Rupa-rupanya sangkaan Kay meleset..
Sebab peraturan bagi semua bangunan di Sheikh Zayed Road ni memang tak boleh pakai tong gas.
Untuk urusan memasak, kena guna electric cooker. Dan di rumah baru memang dah tersedia elctric cooker, washing machine dan fridge.
Pada mulanya, Kay tak berapa gemar untuk memasak guna electric cooker ni sebab mana boleh telah kuali. Lagipun menggunakan eletrik yang banyak.
Tapi disebabkan terpaksa, akhirnya Kay akur dan sekarang dah biasa.

Apa-apa pun, Lau Kong akan beli induction cooker untuk menggantikan electric cooker. Sebab induction cooker kurang menggunakan eletrik.

Sekian..

Tong gas di Dubai, warnanya merah. Untuk Sharjah (salah satu negeri di UAE, UAE ada 7 negeri yang juga dikenali sebagai Seven Emirates) tong gas nya berwarna kuning. Tak seperti di Malaysia, kita ada tong gas warna hijau untuk PETRONAS, merah untuk ESSO dan kuning untuk SHELL..tapi tak kisah la kat negeri mana-mana pun...Untuk pengetahuan, kos semasa kali pertama Lau Kong beli tong gas ni, harga nya ialah 400 dirham (tong gas, regulator dan hos)..Tapi bila kami berpindah dan kesuntukan masa (sebab kami langsung tak dibenarkan membawa masuk tong gas ke dalam rumah baru) untuk menjual semula tong gas ni, kami jual kepada tukang angkut barang (orang Pakistan) dengan harga 100 dirham. Kalau kami ada banyak masa, mungkin boleh dijual di Dubizzle (salah satu laman web yang terkenal di middle east untuk menjual atau membeli barang dan juga mencari pekerjaan) .

No comments:

Post a Comment

Salam Maal Hijrah 1439

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam. Jatuh juga hari pertama dalam kalender Hi...