Friday, September 14, 2012

Singer Tradition 2263

Salam...
Selamat tengahari..
Khadeejah tengah tidur dan Lau Kong keluar kejap untuk membeli barang untuk 'House Warming' esok (15 September 2012, Sabtu)..
Banyak cerita yang Kay nak kongsikan..salah satunya iaah mesin jahit..hehehe..
Sudah lama Kay nak beli mesin jahit..Dan sebetulnya bukan Jenama Singer yang Kay mahukan.. Kay nak jenama Brother..Tapi finally beli juga la jenama Singer sebab banyak projek jahitan yang tak sabar Kay nak buat..Buku untuk menjahit baju kurung pun Kay dah beli siap-siap dari Malaysia..
Kay beli mesin jahit Singer Tradition Model 2263 di Sharaf DG (ni macam Seng Heng la..kedai yang menjual alat elektronik untuk keguanaan rumah seperti TV,  dapur gas, kamera digital, dan sebagainya)..
Harganya 594 dirham..
So far, Kay dah try semua jahitannya dan boleh tahan kemas..
Untuk pengguna beginner, tak susah untuk operate mesin ni..
Baca buku manual (mesin ni tak disertakan dengan CD, jadi kena la baca..) dan boleh terus menjahit..
Mesin ni mempunyai 23 jenis jahitan..
Cerita panjang tak best..so enjoy the pics!

Inilah rupa mesin Singer Tradition 2263
Mesini ni Kay letak atas meja makan buat sementara waktu sebab Lau Kong belum belikan meja khas untuk letak mesin jahit ni..
Saje je Kay ambil gambar roti kat belakang tu sebab nak bagitahu yang roti tu macam roti Gardenia (dapat la mengubat tekak untuk makan roti Gardenia di Dubai ni..hehehe)

Disebabkan belum ada kain lagi, jadi Kay cuba jahitan mesin jahit ni kat atas sarung tangan yang Kay buat sendiri..
Nampak takpelbagai corak diatas nya?

Lagi contoh jahitan yang Kay cuba diatas kain lap meja..

Alas untuk tutup mesin jahit baru..Kay buat jahitan corak disepanjang kain alas tu..


Sekian..

No comments:

Post a Comment

Happy 40th birthday husband!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat sihat sahaja.. Entry kali ini Kay nak abadikan serba sedikit sambutan ...