Friday, November 16, 2012

Jumeirah Beach Park Dubai

Salam dan selamat petang..
Kat Dubai pukul 2.50 petang..
Kejap lagi Kay dan family akan keluar berkelah di Al Barsha Park..
Haa..entry kali ni Kay nak kongsikan pengalaman pertama Kay berkelah di Jumeirah Beach Park semalam bersempena dengan Maal Hijrah..
Kay agak teruja sebab ni kali pertama kami sekeluarga berjalan ke pantai di Dubai..
Memandangkan cuaca sebelum ini tidak mengizinkan (sebab sebelum ni terlalu panas, dan sekarang ni cuaca dah semakin sejuk sebab nak masuk winter..)

So enjoy the pics below!!!

Kami sampai di Jumeirah Beach Park pukul 10.35 pagi..

Kami masuk di pintu nombor 3..Ramai sangat orang..Untuk masuk, perlu bayar 5 dirham seorang dan jika nak bawak masuk kereta, dikenakan bayaran sebanyak 20 dirham..

Peringatan kepada orang ramai supaya tidak memakai pakaian renang dan berjalan-jalan di sekitar taman..Kalau nak pakai pakaian renang, pakai di kawasan pantai sahaja...



Dikawasan taman, Kay nampak ada yang main badminton, bola sepak, main kejar-kejar..hehehhe

Haaa..yang ini, Khadeejah pertama kali mandi air laut..Dia sangat teruja dan menangis bila Walid bawak dia naik ke atas darat..Kay bukan apa, tak nak dia lama sangat dalam air..takut selsema..Khadeejah baru je baik dari selsema...Kay tak sampai hati tengok dia makan ubat nangis-nangis..so, sekarang  ni Kay kena tegas sikit..tak boleh mandi lama-lama dan sebagainya...Untuk pengetahuan, kebanyakan Mat Salleh suka berjemur di tepi pantai..Di taman-taman, kebanyakannya orang Asia dan orang Arab...




Ada tempat mainan kanak-kanak juga disediakan di sini..

Haa..Burj Khalifa pon boleh nampak dari Jumeirah Beach Park ni...

Walaupon jauh, Nasi Lemak tetap menjadi makanan yang dicari-cari...Tengok tu..surat khabar pon surat khabar Dubayy..hehehe

Kaum Adam membakar ayam...

Memang ramai sangat orang datang berkelah di Jumeirah Beach Park..





Seki

No comments:

Post a Comment

Khadeejah Bella dan sekolah agama

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Entry kali ini Kay nak kongsikan perkembangan pelajaran Khadeejah Bella. Alhamdulillah Ustazah berita...