Tuesday, November 13, 2012

Happy Diwali Mrs Deepak

Salam dan selamat pagi..
Kat Dubai pukul 11.27 pagi..
Khadeejah tengah tidur lepas mandi dan sarapan.
Kay pon dah siap siap kemas sikit dan tetiba nak tulis blog memandangkan sudah la tak menulis..
Haa..hari ni bersamaan dengan 13 November 2012, merupakan Hari Diwali ataupun Deepavali yang di sambut di seluruh dunia oleh kaum yang beragama Hindu..
Untuk pengetahuan, jiran Kay di Dubai ni beragama Hindu dan menyambut Deepavali..
Jadi, malam tadi iaitu 12 November 2012, Kay berkesempatan datang ke rumah nya sebab Kay nampak dia dah buat perhiasan kat depan pintunya..
 Kay diberi kan manisan..
Sementara makan manisan, Kay sempat la bertanyakan serba sedikit tentang Diwali ni..
Deepavali ataupun Diwali merupakan Light Festival. Jadi pada hari pertama Diwali, lampu atau lilin akan dinyalakan didalam bekas (Dhiya).
Kay ada juga bertanyakan lukisan yang berwarna warni di atas lantai, namanya ialah Rangoli (Rang bermaksud warna). Selalunya corak burung merak ataupun bunga-bungaan akan dilukis kan.
Memandangkan kawasan rumah Mrs Deepak tidak luas, makanya dia tak membuat Rangoli dia atas lantai. Dia hanya membuat rangoli di dalam pinggan yang diletakkan di luar pintu rumah.
Kay ada juga bertanyakan pasal muruku sebab kalau kat Malaysia, bila Deepavali je kan Kay akan terfikir pasal muruku..
Mrs Deepak kata, muruku tu untuk perayaan yang lain dan selalunya dibuat di Southern India.
Mrs Deepak mempunyai 2 orang anak lelaki dan Kay sempat bertanyakan samada anak nya akan bersekolah esok atau tidak. Mrs Deepak kata mereka akan bercuti selama 2 hari iaitu 13 dan 14. Kemudian akan disambung memandangkan UAE akan menyambut National Day. Jadi jumlah hari bercuti ialah 5 hari.
Kay tertanya juga anak Mrs Deepak ni bersekolah dimana sebab boleh dapat cuti untuk Diwali...Rupa-rupanya anak nya bersekolah di Indian International School. Kay ada juga bertanyakan salah seorang warga India mengapa mereka menghantar anak mereka ke Indian International School. Jawapan nya ialah supaya bila mereka pulang ke India, anak anak akan dapat catch up pelajaran disana supaya mudah mendapat pekerjaan.
Haa..lagi info berkenaan Diwali, pada hari pertama Diwali, selalunya saudara mara akan datang ke rumah untuk bertukar-tukar manisan. Kemudian pada waktu malam mereka akan pergi ke kuil untuk sembahyang. Tetapi keluarga Mrs Deepak tidak akan pergi ke kuil di Dubai dan hanya akan sembahyang di rumah (mereka ada temple sendiri di rumah dan memandangkan di Dubai ini hanya mempunyai satu sahaja kuil..)

Sekian sahaja perkongsian Kay kali ini..

Enjoy the pix!!

Cantik tak perhiasan di luar rumah jiran Kay ni? Ada 2 piring yang dihiaskan dengan rangoli dan ditengah-tengah nya diletakkan lilin. Pada waktu malam, Mrs Deepak akan nyalakan lilin.



No comments:

Post a Comment

Boleh kah laminate surat beranak atau sijil lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Kay baru pulang dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ada persoalan berkaitan MyK...