Monday, February 4, 2013

Sunflower Supermarket Dubai

Salam dan selamat malam..
Kat Dubai pukul 9.19 malam.
Khadeejah dah dinner salmon panggang dan steamed carrot.
Haa..entry kali ni Kay nak kongsikan satu tempat (supermarket) yang boleh kita cari sayur-sayuran yang kita tak boleh beli kat pasaraya besar Carrefour ataupun Lulu di Dubai ni.
Apakah jenis sayur-sayuran yang kita boleh beli itu??
Haa..antaranya kacang botol, daun kesum, kailan dan petai. Kueh Tiaw pun ada ..tak silap harga nya 24 dirham.

Kay selalu cari daun kesuum sebab suka makan asam pedas yang ada daun kesum. Kalau tak ada daun kesum macam tak kena..hehehe..


Bunga kantan tak pernah jumpa.Kalau nak bli bunga kantan, kalau ada rezeki ada dijual di Malaysian Night Market. Sila klik

 http://kay-hussin.blogspot.ae/search/label/Malaysian%20Night%20Market%20in%20Dubai

Nama kedai tersebut ialah Sunflower Supermarket yang terletak di Karama. Susah Kay nak jelaskan dimana kedudukan nya sebab yang dapat cari jalan ni ialah Lau Kong. Dia guna google map. Kalau ada GPS lagi mudah kot..

Selain dari yang terletak di Karama ada lagi satu cawangan sunflower supermarket yang terletak di dalam Pasar Ikan Karama (Karama Fish Market ).

Yang Kay nak kongsikan ialah Sunflower supermarket yang terletak di Karama..Bukan yang kat dalam Pasar Ikan Karama.
Untuk masuk ke lorong menghala ke sunflower supermarket Karama, landmark nya ialah bertentangan dengan Karama Dubai Municipal. Lorong 12D.
Supermarket ni terletak disebelah Restoran Malabar.

Kalau tak silap Kay, ada sedikit perbezaan harga pada sayuran yang dijual. Macam 1 hingga 2 dirham la beza. Contohnya harga petai (Satoe) di Supermarket Karama ialah 13 dirham, manakala harga petai di Sunflower Supermarket di dalam Pasar Ikan Karama ialah 11 dirham.  Sunflower supermarket di Karama lebih banyak pilihan berbanding Sunflower supermarket di dalam Pasar Ikan Karama.

Enjoy some of the pics!!

Ni alamat penuh kedai Sunflower Supermarket beserta dengan nomber telefon. .Selalunya sebelum Kay nak datang beli daun kesum, Kay akan telefon Sunflower cawangan Karama +971 4 3964611. No telefon Sunflower supermarket di dalam Pasar Ikan Karama ialah +971 4 3371416. 
Kailan..beli juga walaupon mahal sebab dah lama tak makan Kailan..tak silap harga satu bungkus tu ialah 17 dirham. Baby Pak Choy berharga 8.50 dirham, dan kacang botol (Wing Bean ) berharga 5 dirham. Kacang botol ni kalau kat rumah Kay, Bak tanam je. Kalau nak makan petik....Kalau kat Malaysia, jual kat pasar malam, mungkin sebakul atau seikat 2 ringgit...Tapi disebabkan nak makan, pejam mata dan beli la juga..heheh
Haa...Kay masak Asam Pedas sebab Kay beli Daun Kesum kat situ...hahahah..Mahal jugak daun kesum tu, tak silap satu bungkus ialah 4 dirham. Kalau kat Malaysia, kita tanam kat belakang rumah atau beli kat kedai 50sen atau 1 ringgit je kot..
Sekian..

1 comment:

  1. Hi kay, i'm nur fr kl, would like to ask some q regarding places at dubai.can't find yor email address on yor blog.Do u mind contacting me at gloovie@yahoo.com. Tq

    ReplyDelete

Salam Maal Hijrah 1439

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari bagi umat Islam. Jatuh juga hari pertama dalam kalender Hi...