Friday, March 29, 2013

Khadeejah Bella turns 2 Celebration

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Khadeejah Bella di dipangkuan Kay..
Hari ni Kay nak ceritakan pengalaman Kay membuat persediaan untuk majlis harijadi Khadeejah Bella yang ke 2 tahun.
Sebelum itu, Kay ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kesempatan untuk menjadi seorang ibu kepada Khadeejah Bella..(looking forward to add more !! but belum ada rezeki lagi..)
Haa..berbalik kepada entry diatas, persediaan untuk membuat majlis ini Kay kira mengambil  masa 1 bulan.
Kay booking tarikh sebulan awal kepada kawan-kawan di Dubai..Bukan ape, takut masing-masing ada hal dan tak dapat datang..Kalau buat majlis, mestilah nak ada tetamu kan? kan?
Hiasan dinding di uruskan oleh Lau Kong..Urusan memasak, Kay yang handle.
Walaupun begitu, Kay bersyukur kerana dengan adanya Kak Nurrul Aqmar yang menjadi consultant dan supporter, maka Kay ada la keyakinan..Haa..Resipi Nasi Ayam, dari Kak Nurrul la..Thank you for sharing the recipe!
Tahun ni kali pertama kami sambut harijadi dengan menjemput kawan-kawan...Kay stress la sebab nak hias dan masak..Bukan tak boleh upah orang, cuma kami rasa biarlah ada sentuhan dari kami sendiri untuk anak-anak...(macam bunyik kedekot jerr..hahaha)
Masa Khadeejah Bella 1 tahun, Kay sambut 3 beranak je..sebab masa tu belum kenal
ramai kawan-kawan dan Kay memang mahukan untuk disambut kami bertiga saja..Tak mahu ada orang lain..hehehe..
Haa..untuk majlis tahun ke 2, Kay buat majlis dirumah sebab anak lebih selesa..(memang betul pun..masa tetamu dah datang pukul 10 pagi, Khadeejah masih tidur sebab penat bangun awal "tolong" Kay masak Nasik Ayam..tapi Kay dah siapkan dia mandi dan pakai dress..)

Ok..cerita banyak-banyak tak best, so enjoy the pixx!

Sekian!


Ini adalah kemeriahan di majlis harijadi Khadeejah Bella yang ke 2 tahun. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Ini adalah goodies bags untuk kanak-kanak yang hadir. Isi dalamnya biasa saja..coklat dan air kotak. Tapi yang Kay dapat lihat, kanak-kanak dan mak budak pun teruja tengok origami arnab kat atas tu. Idea tu datang bila Kay rasakan goodies bag tu simple atau kosong sangat. Kebetulan ada lebihan origami, jadi Kay pon lekatkan pada goodies bag dan turns out to be a success!!
Ini adalah beras yang belum di masak. Periuk besar kat belakang tu ialah kuah sup ayam yang Kay dah masak petang lepas Maghrihb  24 march 2013.

Haa.. yang ini, Kay masukkan 3 liter kuah sup dan 500 ml air untuk masak nasi. Kay bukan masukkan air sebarangan. Kay buat pengiraan dulu. 6 pot bersamaan dengan 1 liter. Kay menggunakan 20 pot nasi, makanya memerlukan 3.333 liter air. Tapi Kay lebihkan menjadi 3.5 liter air. Nasi tak mentah dan tak lembih, tapi kering sikit. So next time, Kay akan lebih kan sikit lagi air.

Mnu utama ialah Nasi AYam..Amacam? Mengancam tak? Warna memang mengancam, tapi nasi tu ada kering sikit.Apa-apapun Kay bersykut sebab nasi tak mentah dan tak lembik.
Menu kedua ialah Laksa Sarawak. Walaupun namanya Laksa, tapi tak pakai laksa yang macam Laksa Penang tu..Untuk laksa Sarawak, pakai bihun. Kuah Laksa Sarawak ni rasanya berempah. Kalau orang tak biasa makan, pada mulanya mesti tak suka. Macam Kay kali pertama cuba pun tak suka sebab bau rempah (macam rempah jamu orang bersalin  jer..hahah), tapi bila dah biasa, setiap kali balik ke Sibu, Kay pasti akan makan Laksa Sarawak!! hehehe..Yang dalam tupperware bertutup tu ialah telur dadar yang telah dihiris halus, isi ayam bahagian dada yang telah dicarik-carik, dab hirisan daun bawang.
Ini telu masak Sweet Sour. Yang ini Lau Kong tolong masakkan. Nenek Cina dah pesan, masa birthday Khadeejah kene buat telur rebus. Ini adat Cina la..Selalunya kalau harijadi, Mee Sua merupakan makanan yang akan dihidangkan. Tetapi, memandangkan Kay tak awak Mee Sua, makanya Kay tak buat la Mee Sua...
Haa..yang ini Kay buat sendiri. Rasa amat berpuas hati sebab ni kali pertama Kay buat dan bangga la jugak. Buat ni tak susah..sebab yang ni hiasan nya simple..Pada mulanya Kay nak buat corak Rabbit, sebab Khadeejah Bella lahir tahun Rabbit, 2011, tetapi memandangkan dah tak sempat dan tak ada peralatan yang sesuai, maka Kay buat yang simple sahaja..Isi dalam tembikai tu ialah tembikan merah dan cantalope. Luaran nya Kay hias dengan anggur hijau.
Yang ini, Kak Lili buat. Rajin betul. Kay dah pesan tak payah susah-susah..Datang ke majlis ni dengan perut kosong je..Yang penting baju kena ikut tema Merah dan Putih!! Hahaha...

Yang ini ialah Jeruk Pak Ali yang didatangkan khas dari Penang. Dibawa oleh Kak Nadia..Terima Kasih!! Mana nak dapat jeruk kat Dubai nih? Kurma banyak lah..heheheh

Yang ini kuih-muih yang dibawa oleh rakan-rakan. Yang tak tahan nya, agar-agar pun warna Merah dan Putih! Terima kasih Kak Paradiba!! Kanak-kanak suka makan agar-agar tu..
Pada malam 24 March 2013 tu Kay dah siap-siap hiriskan timun, tomato dan salad untuk Nasu Ayam. Carikan isi ayam, hirisan telur dadar dan hirisan daun bawang untuk Laksa Sarawak. Buah pun Kay dah siapkan dan Kay sitmpan dalam peti sejuk. Kat bawah tu Kay buat stok air sejuk sebab untuk buat air sirap bandung dan air sirap. jangan main-main, air pun warna merah tau!! Pendek kata semua nak kena merah dan putih!!

Dinding yang ada hiasan Happy Birthday tu Kay bagi nama Wall of Fame. Setiap yang hadir, kena ambil gambar sebagai kenangan! Memang meriah sebab tetamu yang hadir yang pakai baju merah putih seperti diberi penghargaan kerana mengikut tema!Kek harijadi di beli di Coco's Restaurant yang terletak dibawak apartment yang kami tinggal. Kek-kek di Coco's memang sedap. Bukan Kay tak boleh nak beli kek yang menjadi trend sekang (kek yang dihias dengan Barbies, or Minnie Mouse..) Sebabnya, Kay lebih memilihkan the taste, not the style! (Kalau yang bercorak tu, Kay tak minat sebab icing nya bukan nya dimakan pun..tapi bezanya kek tu nampak menarik!!)

Haa..ini lah kek harijadi Khadeejah Bella yang ke 2 tahun. Kek pun warna merah putih! Khadeejah Bella memang suka makan straberry..dan kek ni memang sesuai! Alhamdulillah.. Rasanya juga tip top!! Harga kek ni ialah 130 dirham.
Ini adalah rumah yang telah siap dihias. Terima kasih Lau Kong sebab hiaskan rumah ni sehingga menjadi sangat cantik dan ceria! Alhamdulillah..Kay akan kongsikan berkenaan hiasan untuk harijadi ni di entry yang akan datang.

Antara hadiah yang Khadeejah Bella dapat!. Tea Set tu Khadeejah terus buka dan main olok-olok. Dia siap action tuang air dari teko dan minum dari cawan comel tu!!

No comments:

Post a Comment

Happy 40th birthday husband!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat sihat sahaja.. Entry kali ini Kay nak abadikan serba sedikit sambutan ...