Sunday, March 31, 2013

Happy Second Birthday Jazeel Irham b Johan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Khadeejah tengah tengok Shaun The Sheep..(kalau dia nak tengok ceritat u, dia akan cakap "sheeeep")
Haa..Entry kali ni Kay nak kongsikan kemeriahan sambutan harijadi anak kepada kawan Kay (Ila)  dan juga kawan Lau Kong (Johan b Kamis)
Hurm..cerita banyak -banyak tak best so enjoy the pixx!!

Party di buat di Al Barsha Pond Park..Jemputan diundang pukul 3 petang. Tetapi persiapan di buat oleh tuan rumah pukul 2.30 petang. Haa...Khadeejah Bella kalau dah nampak taman, dia tinggalkan Ummi dan Walid...Memandang sekarang musim bunga, jadi Kay pakaikan Khadeejah Bella baju yang warna nya ceria..polkadot polka dot gitu..Baru naik seri anak dara Kay!! heheh

Antara hidangan ialah Nasi Ayam!! Sedap..

Ayam Panggang..

Kuah Durian untuk dimakan bersama roti jala..

Ada Kari Laksa. Mee kuning tu di buat sendiri okay!

Cendol pun ada!! Cendol pun buat sendiri juga!!  Yelah..kat Dubai ni mana ada orang jual cendol..kalau nak makan kena la rajinkan diri untuk buat sendiri. Benda nya tak susah, cuma rajin atau malas..heheh

Ok..acara potong kek bakal bermula..Kek tu ialah Red Velvet Cheese Cake (best seller cake) from The Cheesecake Factory! Memang sedap. Untuk pengetahuan, Kay baru kali pertama makan kek dari The Cheesecake Factory tu..Bukan apa..kan Kay dah bagitahu awal-awal yang Kay ni jarang nak pergi makan di kedai makanan western sebab Kay tak appreciate roti, kek, spegeti, pizza..etc..Tema party ni ialah Soccer!!

Happy second Birthday Jazeel Irham! Semoga menjadi anak soleh. Amin.
Ini antara kawan-kawan Lau Kong yang hadir..Thank you Auntie Ila n Uncle Johan for the present. Untuk pengetahuan, Khadeejah Bella lahir pada 25.3.2011, manakala Jazeel Irham lahir pada 26.3.2011..beza 1 hari je!
Inilah Jazeel Irham..Amacam? Hensem tak? Sehensem dan sesedap namanya bukan? Itu mulut comot sikit sebab makan kek yang disuap sendir..heheh..Last but note least, Happy Second Birthday Jazeel Irham! Thanks Ila n Johan for inviting us. At least kami adalah aktiviti di taman. Kalau tak, aktiviti kami di shopping mall!! hahahah

No comments:

Post a Comment

Ayshah Bella ringan tulang

 Assalamualaikum dan Salam sejahtera.  Apa khabar semua. Harap sihat hendaknya. Kita masih berperang dengan COVID 19. Elakkan tempat sesak, ...