Thursday, March 14, 2013

Teh Tarik Dubai

Assalamualaikum dan selamat malam..
Khadeejah ada kat atas riba Kay nih..
Layankan je la..Haa..Entry kali ni Kay nak kongsikan perassan teruja Kay bila dapat buat teh tarik sendiri..
Haa..masa kat Malaysia, tak pernah nak belajar untuk buat teh tarik sebab kedai mamak banyak..
Bila kat Dubai nih, haa...baru la terhegeh-hegeh nak belajar..
Bukan tak ada di jual di kedai di Dubai nih..Ada..Cuma, Kay rasa terpanggil untuk belajar buat Teh Tarik..
Ditambah lagi Lau Kong dah request supaya Lau Po belajar buat air teh tarik...
Haa..Jangan tak tau..Kat Dubai ni ada seorang kakak yang pandai buat air teh tarik...Nama pendek dia, Kak Faza..
Kak Faza ni memang terkenal dengan air teh tarik nya..Kalau setiap kali kami ada makan-makan, memang kami akan request dia untuk bawak air teh..
Tetapi sejak minggu lepas, bila Lau Kong menyuarakan hasrat nya untuk Lau Po belajar untuk buat air teh tarik, secara automatic Kay terfikir untuk belajar buat air teh tarik dari Kak Faza...
Alhamdulillah..Kak Faza memang tak kedekut ilmu..
Kay pun bertanya la dia bersungguh-sungguh..Dah hasil nya..MENJADI!!!
Kay bukan masuk bakul dan angkat sendiri tau..Kay bagi 4 orang kawan Kay (semasa kami  berkelah di Satwa Park) cuba dan mereka kata sama macam air teh tarik Kak Faza dan sedap..heheheh

Haa..cerita banyak-banyak tak best..So enjoy the pics!!!

Sekian...

Untuk membuat air teh tarik, Kay menggunakan teh jenama LEONE. Memang Kak faza pun menggunakan teh dari jenama yang sama. Haa..Kay nak ceritakan sikit pasal teh ni..Mak Mertua Kay memang suka teh ni sebab teh ni ada rasa. Mak Mertua Kay ni, memang taste dia ada kelas!! Mulut dia, kalau rasa, memang power. Mata dia, kalau tengok barang, pon power. Pendek kata, kalau nak beli barang, boleh ajak Mak mertua jalan..dia akan memberikan kritikan yang bagus..Haa..jangan main-main dengan mak mertua Kay nih..Apa-apapun, terima kasih la sebab sudi terima Kay jadik menantu..heheheOk kite berbalik kepada kisah teh ni..Kalau Kay balik ke Malaysia, memang Kay akan belikan teh ni sebagai buah tangan..Daun teh ni dipetik dari India, Kenya dan tempat lain yang tak dinyatakan. Di belakang tu juga ada dinyatakan cara penyediaannya...

Inilah teko yang Kay gunakan untuk buat air teh. Isipadu teko ni ialah 2 liter. Untuk membuat air teh bagi teko tu, Kay gunakan 3 sudu besar. Kay masak air dalam teko tu sampai mendidih, kemudian masukkan 3 sudu besar teh.
Itu dia...Teh tarik yang sudah jadi..Kay gunakan susu pekat jenama Nestle...Kay tarik la sikit supaya berbuih..Kay gunakan 2 biji kole. Haa..cakap pasal teh tarik ni, Kay ada saudara yang pernah menjadi JUARA dalam rancangan Raja Teh Tarik (Tak silap rancang TV3).. .Kalau tak percaya, boleh pergi ke kedai nya yang terletak di tempat makan di Sungai Perak. Kat gerai dia ada replika yang menunjukkan dia JUARA rancangan Teh Tarik (wah siap promo lagik!!)...(Aduh..bila kat Dubai ni, baru Kay terhegeh-hegeh nak belajar buat teh tarik..tapi takpe..at least, Kay cuba!!)
Ok..cakap pasal teh ni, Kay ada teringat pasal teh ni..yelah kenapa ada sesetengah teh yang warnanya pekat. Kan kalau kite tengok kat kedai mamak, teh nya warna pekat..Dan Kay teringat ada ujian yang mudah untuk tahu berapa banya pewarna sebab kalau banyak sangat tak elok untu kesihatan. Ujian nya mudah sahaja..letakkan sedikit serbuk teh dalam air sejuk. Kemudian tengok la hasil nya. Untuk teh yang Kay gunakan ni ada la sedikit pewarna. ..tengok tu..


No comments:

Post a Comment

Ayshah dah sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ini Kay nak kongsikan pasal kerenah Ayshah Bella bila hendak ke sekolah waktu pagi. Untuk ...