Saturday, March 2, 2013

Second visit to Malaysian Night Market

Salam dan selamat malam.
Entry kali ni Kay nak ceritakan pengalaman kali kedua ke Malaysian Night Market yang di adakan di Malaysian Consulate General.
Night market selalunya diadakan sekali pada setiap bulan. Selalunya pada setiap minggu pertama..
Dah namanya kali kedua, makanya, perasaan Kay tak ada la teruja sangat....
Cuma Kay dah plan nak datang awal sebab nak beli nasi lemak.
Bukan ape, Nasi Lemak ni memang menjadi sasaran orang yang datang ke night market ni..
Walaupon namanya night market, tetapi masa menjual bermula dalam pukul 2 petang kot...
Kay sampai tadi dalam pukul 4.30 petang. Dalam 10 meja yang menjual hidangan masing-masing.
Antaranya Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Kueh Tiaw Goreng, dan tak ketinggalan satu meja yang menjual barang-barang kering seperti kicap lemak manis, sos cili Lingam's, kuah rojak Mak Bee, ulam daun Selom, petai bunga kantan dan bermacam-macam lagi!

Apa-apapun, thank you Lau Kong sebab bawak La?u Po ke Night Market..
Lau Po borong Nasi Lemak dan Nasi Kerabu,,
Tak ketinggalan Kuah Rojak Mak Bee, petai dan ulam daun selom..

Enjoy the pics!

Sekian...

Haa.. Kay beli  Nasi Lemak..yang dalam bekas tu 20 dirham, yang dalam bungkusan daun pisang tu 10 dirham, Nasi Kerabu pula 25 dirham..Sambil membeli, Kay sempat menemu bual penjual nasi lemak dan nasi kerabu tu..yang jual nasi lemak tu dah 7 tahun di Dubai..Yang nasi kerabu tu pula dan 5 tahun di Dubai..lama tuuu...

Haa.. Ulam Daun Selom!! Kay lupa la harga nya ..mungkin 10 atau 15 dirham..

Haa..petai..besar -besar mata nya..yang ini pon Kay lupa harga nya..mungkin 10 -15 dirham..

Ha..ini lah kuah rojak Mak Bee..Kay pertama kali makan kuah rojak ni bila Mak Lon belikan ole-ole dari Kedah or Perlis..memang sedap..Akhirnya dapat juga beli kat Dubai... Yang ini 12 dirham...

2 comments:

  1. beh nyer...at least dpt gak merasa mkanan malaysia...fuuhh peniaga tu lama nyer dah brada di sana..tabik spring aaa..tak rindu malaysia haa???

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..dapat la jugak merasa..kalau nak diharapkan buat sendiri, memang tak la...ntah la kakak tu lama bebenor kt Dubayy

      Delete

Ayshah dah sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entry kali ini Kay nak kongsikan pasal kerenah Ayshah Bella bila hendak ke sekolah waktu pagi. Untuk ...