Friday, April 5, 2013

Betawi Express at Emirates Tower Metro Station Dubai

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni Kay nak cerita lagi pasal tempat makan yang berunsurkan Indonesia..
Dah namanya Betawi, maka makan Indonesia la..
Betawi mula beroperasi di Dubai pada April 2007 di cawangan pertama di Karama. (Kedai makan, restaurant)
Yang Kay pergi ni ialah cawangan kedua di Satwa. (Kiosk, Quick Bite yang terletak di dalam Metro Station Emirates Tower).

Kita belajar sejarah sikit..
Nama Betawi di ambil dari bandar lama Indonesia, Batavia sekarang dikenali sebagai Jakarta.

Ok cerita banyak-banyak tak best, so enjoy the pix.

Sekian.

Inilah rupa Betawi Express yang terletak di aras 1, di dalam Metro Station Emirates Tower.

Dihiasi dengan tema Indonesia tradisional yang simple dan membenarkan pengunjung mengalami pengalaman sebenar atmosfera Indonesia (itu hiasan kat dalan restoren di cawangan Karama). Yang Kay tunjuk ni kat metro station. Jadi simple je.


Makanan disediakan oleh Chef Indonesia menggunakan bahan-bahan terpilih termasuk herba, rempah dan sos yang di import. Menu yang popular ialah Soto Betawi, Pecel Ayam, Nasi Goreng dan Sate.


Kay dan Izyan. Bergambar macam Duta Betawi pulak. Hehehe..

Lontong dia sedap dan Kay dah beli 3 kali kot..hahah. Kay perhatikan dia menggunakan petola, kobis dan kacang panjang dalam sayuran nya. Sepanjang yang Kay pernah makan lontong, tak pernah pula orang masukkan petola. Tapi sedap je..hehehe..Harganya 15 dirham...Kalau Kay malas nak masak lontong, Kay "masak" kat Betawi je lah..Senang..dapor pon tak kecah..hahah

Ni bubur ayam. Harga nya 20 dirham.  Kay ada cuba Soto Ayam 18 dirham dari Betawi Express. Sayuran yang diletakkan ialah taugeh, daun bawang dan kobis putih yang dihiris halus. Kuah soto nya ok la. Soto ni dimakan dengan bihun.

Ni Risolis.. ialah diluarnya kulit popiah dan intinya ialah bihun. Harga ialah 10 dirham. Yang ini Kay tak gemar sangat. Haa.. ada juga dijual rojak buah berharga 15 dirham. Antara buah yang ada ialah nenas muda, betik muda, mangga muda dan kedondong.

No comments:

Post a Comment

Boleh kah laminate surat beranak atau sijil lahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Kay baru pulang dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ada persoalan berkaitan MyK...